Sungguh ceria
Assalamualaikum,
Hari ni rasa nak berkongsi keceriaan yang dipamerkan oleh sicomelku ini. Anak-anak saya ni bila ada mood, memang posing habis-habisan. Suka pula untuk saya kongsikan di sini dan biarlah kerenah dan telatah comel mereka menjadi kenangan di blog ini. Nanti, kalau blog ni panjang umur pun, besar-besar nanti, mereka boleh lihat pula gaya-gaya posing mereka ketika kecil.


Bila melihat telatah anak yang kian membesar ni badan yang penat pun boleh hilang. Begitulah nikmatnya Allah berikan kepada kita anugerah zuriat yang mana kita sendiri dapat menghiburkan diri kita dengan telatah mereka. Itulah tandanya Allah itu Maha Pengasih. Alhamdulillah, anak-anak makin membesar dengan sempurna dan sihat semuanya. Hanya impian dan doa yang berpanjangan buat anak-anak ini supaya sentiasa dilindungi dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
Tidak ada lagi impian lain selain untuk melihat kejayaan anak. Semua ibu bapa ingin anak-anak mereka berjaya. Anak-anak adalah penyambung amalan dan kerana itulah juga timbulnya istilah anak itu adalah harta kita yang tidak ternilai harganya. Dari kecil anak-anak perlu dilentur, itulah yang sentiasa bermain di fikiran ini. Melihat kehidupan dunia yang semakin mencabar dan begitu besarnya tugas sebagai ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi anak-anak yang solehah. Semua atas tanggungjawab ibu bapa. Dari sehelai kain yang putih, ibu bapalah yang berperanan mencorakkannya.
Saban hari banyak saje perkara yang bermain di fikiran. Bolehkah saya menjadi ibu yang baik untuk mereka? Bagaimana untuk memperbaiki kiranya ada yang tidak betul berlaku? Semuanya memerlukan tindakan yang berhemah dan terbaik. Tapi, hati sentiasa akan tenang dalam mendidik mereka. Fikiran sentiasalah positif. InsyaAllah, seorang ibu tidak akan gugur jatuh. Moga anda diluar sana juga mempunyai semangat yang sama.
Popularity: 2% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Seronok kan tengok diorang
Itu la..hilang tensi ni…hehe…
anak-anak pengubat segala masalah dan kerisauan hehe
Ye tepat sekali etomyam….Allah Maha Pengasih.
Nozi´s last blog ..Debella produk berasaskan Aloe Vera - Aloe Vera Jelly 
Memang seronok tengok dan rakam aksi anak-anak, bila dia tengok balik pun kadang diorang tersenyum sendiri
BIna´s last blog ..Bila dah tiada hati -amp perasaan dan malu dibuang
As-salam Bina,
Ye,memang seronok dan inilah memori yg paling manis buat kaum ibu atau bapa…nikmatnya kan..