Powered by Max Banner Ads
Wabak Influenza A H1N1
Sekarang kita semakin gempar dengan kehadiran wabak Influenza A. Begitu menggerunkan, telah banyak kes yang berlaku di negara kita. Salah siapakah ini? Apakah yang perlu kita lakukan?
Ini kesimpulan dari petikan yang saya baca di laman H1N1.
Jika sebelum ini, wabak Influenza A H1N1 ini bermula di Mexico dan Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Swine Flu atau Selesema Babi. Daripada 17-23 April sehingga sekarang begitu cepat ia menular sehinggalah ke negara kita, Malaysia. Kemudian, namanya ditukar kepada Influenza A H1N1 setelah para saintis telah membuat kajian analisa genetik yang menyatakan ia tidak berpunca dari mereka yang memakan babi atau bahan yang mengandungi babi yang diproses dengan cara betul.
Sebelum itu, saya pernah mendengar info dari radio daripada Doktor (saya lupa namanya) menyatakan bahawa, wabak sebegini sebenarnya berpunca daripada genetik beberapa bacteria yang bercampur dan mewujudkan genetik baru (Influenza A H1N1). Seperti sebelum ini, mereka yang mengalami demam, selesema dan batuk biasanya cepat sembuh. Apabila genetik ini membiak dengan kata lainnya bercampur dengan genetic lain, ia mewujudkan satu penyakit atau wabak (Inflenza A H1N1) yang tidak dapat diatasi dengan imunisasi yang ada di dalam badan manusia.
Tidak dapat dinafikan penularan wabak sememangnya cepat terutamanya rakyat Malaysia juga akan bergerak ke luar negara atas tugas atau tanggungjawab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Sekarang negara kita telah membuka Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan untuk mengawal dan mencegah penyakit ini.
Esok, satu ceramah mengenai penyakit ini akan diadakan di tempat kerja saya untuk menerangkan dengan lebih terperinci lagi mengenai wabak ini dan tindakan yang perlu kita ambil. Saya harap,saya berpeluang untuk meluangkan masa menyertai program tersebut dan InsyaAllah akan saya muatkan di blog ini.
Sekarang apa yang perlu kita lakukan adalah menjaga kebersihan diri. Pastikan kita membasuh tangan dengan menggunakan sabun dengan bersih sebelum memulakan kerja. Saya juga telah menasihatkan anak-anak untuk mengamalkan penjagaan kebersihan supaya kami sekeluarga terhindar dari penyakit sebegini.
Bagi kita umat Islam, amalan kebersihan diri menjadi keutamaan. Namun, ada di antara kita yang alpa dan tidak patuh dengan sunnah dan ajaran Islam itu sendiri. Semuanya telah dianjurkan di dalam Al-Quran dan Hadith, cuma kita sahaja yang tidak ikut dan praktikkan ajaran tersebut. Ada ilmu perlu diamal. Jika tidak diamal, maka hilanglah ilmu itu. Sejak dari dulu lagi, sepatutnya kita perlu utamakan kebersihan dan juga mementingkan alam sekitar.
Saya dapat link khas tentang penyakit Influenza A H1N1 ni di sini. Sila klik URL ini untuk mengikuti perkembangan penyakit ini. Penting untuk kita ketahui supaya kita peka dengan keadaan situasi negara kita sekarang tentang wabak Influenza A H1N1.
Sekian,
Nozi
Popularity: 21% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.






Baguslah kerajaan sedar betapa pentingnya menghapuskan wabak ni. Sampai buat satu website khas…
Mantra´s last blog ..Jom Tukar Link
Itu la. Jangan memain dengan wabak ni. Memang cepat menular. Nozi rasa punca cepat satu lagi pasal udara juga. Sebab udara ni bergerak. Dan wabak tu sekali bergerak.
Tak reti pula nak buat experimen macam saintis. Let’s the scienties take the necessary action la.Kita cuma mengambil langkah berjaga-jaga aje.
Kepada yang demam atau anak yang demam-demam tu segeralah pegi ke klinik untuk check further. Dalam TV pun sarankan macam tu. Harap kita semua selamatlah dari penyakit berbahaya ni. Amin.
askm..
inilah blog yg bagus. ada info2 berguna. tapi AH1n1 atau L1?
hafisdn´s last blog ..Explore Flash Tru Games v1
hari tu ada register student utk semester 1. sy pon bhgn register. pah tu ada student disyaki AH1n1..so. cuak gile hok handle registeration on that day. pah tu student tu kene g spital. n then xdgr cerita.
hafisdn´s last blog ..Explore Flash Tru Games v1
W’salam,
Thanks Hafisdn, saya tak perasan pulak silap eja. hehe…
Memang cuak apabila ada orang yang disyaki dekat dengan kita. Di Kerteh pun sudah ada beberapa kes kuarantin. Wabak ni memang cepat sekali merebak.
Salam Romadan semua, berita gembira utk semua penawar h1n1 tlh ditemui,terbukti secara klinikal,tiada kesan sampingan,kesan rawatan yang amat drastik dan positif.perubatan diiktiraf W.H.O. diformulasi dr panel MARA.
utk info lanjut visit lah http://azbhomeopati.blogspot.com
abg´s last blog ..