Powered by Max Banner Ads 

Duit Oh Duit

Bertemu Kembali ..

Terfikir pula mengenai kepentingan duit. Penting tak duit ye? Siapa kata duit tak pernting. Tanpa duit zaman sekarang ni susah la nak survive. Jadi, duit itu sememangnya satu keperluan dalam kehidupan kita.

Saya ingin bertanya kepada anda semua. Dari manakah punca pendapatan anda? Bekerja kerajaan,swasta atau sendiri? Ya, tidak kiralah anda bekerja kerajaan,swasta atau sendiri tapi yang penting, anda sudah mempunyai satu punca pendapatan.

Namun, jangan kita terlalu leka sekiranya kita mempunyai pendapatan yang tetap dan kehidupan kita dirasakan sudah terjamin. Kenapa saya berkata begitu? Tahukah anda bahawa, saving atau simpanan itu juga penting untuk menjamin kita dari sebarang kemungkinan.

Simpanan yang saya syorkan di sini adalah dengan menggunakan simpanan ASB dan Tabung Haji. Saya takkan menerangkan lebih lanjut kenapa saya syorkan dua jenis simpanan ini. Tetapi, tips ini saya dapat dari seorang pakar keawangan. Saya akan jelaskan dengan lebih lanjut selepas saya membuat analisis mengenainya. Tapi yang pasti, saya mengamalkannya.

Kenapa mempunyai simpanan ini penting? Kita kena fikir kehadapan. Jangan terlalu leka dengan hanya duit sentiasa penuh di poket sahaja. Bagaimana jika ada satu keperluan duit yang mendadak? Di manakah kita nak dapatkannya? Nak pinjam dengan sanak saudara? Mampukah mereka? Sekiranya mampu,tak apalah. Tetapi,jika kita tak ada sokongan dari mereka, bagaimana?

Itulah pentingnya mempunyai simpanan. Tak apa simpan sedikit demi sedikit. Asalkan anda membuat simpanan. Lama-lama akan jadi banyak juga. Jika tak simpan pun,pasti duit kita pergi ke saluran-saluran yang tidak bermanfaat seperti shopping sakan,berjoli ke sana ke mari dan macam-macam lagi yang kita sendiri tidak perasan.

Bagi saya, menyimpan di ASB dapatlah juga menambahkan sedikit pulangannya di akhir tahun. Itu simpanan kita sendiri. Hasil usaha kita. Bukan pelaburan cepat kaya atau mana-mana pelaburan yang menghasilkan keuntungan yang berlipat ganda.

Kepada yang sudah berkeluarga,simpanan amatlah penting. Pelbagai dugaan kewangan akan kita alami sekiranya kita sudah berkeluarga. Yelah, bukan senang nak serasi dan nak stabilkan ekonomi.Cara perbelanjaan juga sudah berbeza. Boleh jadi,satu bulan kita kekurangan duit dan masa itulah simpanan kita akan menjadi pembantu. Tapi awas! Jangan terlalu mudah menggunakan simpanan sebagai tempat untuk kita jadikan sasaran sekiranya kekurangan duit. Berwaspadalah dalam perbelanjaan harian. Janganlah terlalu leka dengan berbelanja.

Saya akan ceritakan kepada anda tips-tips berbelanja yang mungkin boleh anda gunakan. Nak tips bershopping? Nanti saya akan tulis mengenainya.

Wassalam.

Yang Ikhlas,

Nozi

Popularity: 3% [?]

Share/Save/Bookmark

Kewangan, Motivasi, Tips

Artikel Berkaitan:
  • Keluarkan duit Paypal ke akaun bank Malaysia
  • Jangan sia-siakan orang di sekeliling anda
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.