Jom Selidik Kepentingan Emas
Assalamualaikum,
Saya ada terbaca beberapa topik berkenaan emas. Sebenarnya banyak perkara mengenai emas yang perlu kita peka dan ambil tahu.
Saya akan cuba fahamkan anda mengenai kepentingan emas dari sudut Islam.
“Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya”. (Surah Ali Imran : 75)
“Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja…” (Surah Yusuf:20)
Selain dari petikan surah-surah di atas, ada beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW seperti berikut:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
“Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.” (Hadis)
Jelas sekali jika kita lihat daripada laporan Abu Bakar Ibn Abi Maryam itu apabila Rasulullah SAW sendiri bersabda mengenai kepentingan emas sehingga ke akhir zaman.

Selain daripada itu, Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2003 lagi. Tetapi pada ketika itu ia agak baru dan di pandang remeh serta dilihat sebagai saingan dan meniru euro dolar di Eropah.
Adakah nilai matawang Ringgit Malaysia akan susut? Nilai mata wang sememangnya ada naik dan turun. Jadi itu perkara biasa. Namun sekarang jika diperhatikan secara kasar, duit RM50 itu umpama RM10 sahaja jika kita membuat jual beli. Semalam, saya nak pecahkan duit RM50 sebab nak beli kuih kat pasar malam. Saya ambik inisiatif untuk beli sedikit barang di kedai runcit. Saya beli,4 berus gigi, satu bedak, satu deodorant dan satu ubat gigi. Kena la RM46. Bakinya cuma RM4 sahaja. Terkejut saya kerana barang satu beg plastic kecil sahaja, tetapi hampir RM50 saya belanjakan.

Apabila kita lihat harga emas sekarang pula, jelas menunjukkan ia jarang-jarang sahaja turun dan sentiasa naik. Sekarang orang banyak mencuba untuk membuat pelaburan emas. Setelah membaca beberapa artikel mengenai emas dan matawang ni, saya dapati matawang merupakan satu nilai yang ditetapkan oleh kerajaan sesebuah Negara di atas satu keping kertas yang digunakan untuk menukar barang. Nilai matawang bergantung kepada sesebuah Negara itu. Anda boleh membaca berita mengenai emas dan mata wang kita di sini.
Dari,
Nozi
Popularity: 5% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









kalo pakai emas @ dinar emas mmg bagus. sepatutnya OIC pakai la. Nilai jatuh pon xteruk nilai duit. Nabi pon dah kabo kebaikan emas. kal pakai emas USA bengkarap aaa..hehe
hafisdn´s last blog ..Recap The Runtuh
hrm.. lagi tepat kalau kita kata, kuasa beli makin kurang. Kuasa beli makin kurang sebab inflasi makin naik. Salah satu sebab lagi adanya rasuah, harga boleh beli murah jual murah, tapi sebab kena hulur sikit sana sini, tu yang jadi mahal.
cadangan Dr.M dulu dipandang sepi mungkin sekali kerana negara Islam lain takut dengan ancaman pihak barat.
zulseffort´s last blog ..Tutorial Revtwt: Iklan-Iklan dalam revtwt
salam…memang betul tu. sekarang ni adalah masa yang terbaik untuk kita membuat pelaburan dalam bidang emas kerana pulangannya adalah lebih baik daripada ASB dan nilainya juga tetap naik walaupun dalam keadaan kegawatan ekonomi. Bacalah maklumat lanjut dalam ebook saya ni!….
salm kunjugan kak..
selalunya ems akan di pakai oleh kaum hawa..nampak cantik..dan berseri..
terima ksh kak ats info tersebut..
Salam…
Betul tu….emas merupakan salah satu hiasan buat kaum hawa…
Nozi´s last blog ..Kerongsang! Jom tengok
kalo pakai emas @ dinar emas mmg bagus. sepatutnya OIC pakai la. Nilai jatuh pon xteruk nilai duit. Nabi pon dah kabo kebaikan emas. kal pakai emas USA bengkarap aaa..hehe