Apa itu Domain dan Hosting – Bahagian 1
Assalamualaikum,
Mungkin ada yang masih belum tahu apa itu domain dan hosting. Sebelum kita serius dalam dunia blogging ataupun membuat website sendiri, kita perlu mengetahui sedikit sebanyak, ataupun asas2 penting mengenai dari mana kita masukkan data/maklumat blog atau website kita dan sebagainya.
Domain adalah alamat anda di internet ataupun internet identity (pengenalan kita di internet). Biasanya ia akan diakhiri dengan suffixes (juga dipanggil extensions) seperti
.com (bererti Commercial yang biasanya diguna oleh orang yg buat bisnes),
.net (bererti Network yang biasanya dipakai oleh mereka yang specifik di bahagian Internet Service Provider, web-hosting company dan juga mana2 agensi yang berkait dengan infrastruktur internet),
.biz (bererti Business yang biasanya digunakan oleh mereka yang buat bisnes kecil-kecilan di internet),
.org dan macam-macam lagi.
Semuanya mempunyai maksud yang tersendiri. Domain yang paling TOP adalah .com sudah semestinya yang memang ramai orang pakai di internet. Negara kita Malaysia juga mempunyai suffix sendiri juga iaitu .my. Bagi suffix .tv juga sudah tidak asing lagi kerana ia untuk televisyen. Memang sudah banyak permintaan untuk menonton channel hiburan di internet ni. Jadi suffix .tv tu sudah tidak asing lagi. Contoh nama domain yang anda masuk sekarang ni adalah http://gedungilmu.com. Banyak domain yang kita boleh pilih sebenarnya, tetapi ia tidak boleh sama kerana itu adalah identity kita (alamat kita).
Hosting pula adalah pengkalan menyimpan data yang terdiri daripada fail, teks, gambar dan segala bahan-bahan web anda. Jadi, kedua-dua ‘benda’ ni memang teramatlah berhubung kait dan penting untuk menghasilkan satu blog atau website.
Bagi yang masih baru, saya senaraikan beberapa domain yang boleh dipercayai keteguhannya dan berbaloi untuk dilanggan. Berikut adalah senarai domain yang dicadangkan oleh otai-otai kita (sumber rujukan saya sebelum share info ini). Contoh domain/hosting yang disyorkan adalah seperti berikut yang terdiri daripada tempatan dan luar:
Tempatan
1. NetKL.com
3. namsahaz.com
Luar
1. Godaddy.com
Sekarang tidak dinafikan juga ramai yang menggunakan blogspot sebagai tempat mereka menulis blog. Blogspot merupakan salah satu domain yang tersohor di seluruh dunia yang tidak mengenakan apa-apa bayaran (free) namun, anda tidak mencipta identity anda sendiri di sini kerana anda menggunakan domain blogspot.com. Anda hanyalah sebagai sub-domain sahaja. Nanti saya akan ceritakan apa itu sub-domain pula pada bahagian 2 posting ni.
Sekian,
Nozi
Popularity: 4% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Assalamualaikum Nozi,
Terima kasih kerana berkongsi ilmu yang baik ini. Teringin nak buat biz internet tetapi tak tahu dengan mendalam. Jadi perlu belajar dulu.
Waalaikumussalam,
Sama-sama. Betul.Memang kena cari byk info jika nak buat bisnes internet ni.Bukan perkara mudah. Kena tahu selok beloknya.Saya pun masih belajar benda-benda ni. Tapi agak slow sikit la sebab saya bukan buat sepenuh masa.
Salam,
Wah satu penjelasan yang terang jelas dan nyata
Untuk blogspot, kita boleh jugak beli nama domain sahaja tetapi masih memakai hosting di blogger. Untuk membeli nama domain sahaja banyak syarikat popular yang menawarkan perkhidmatan nama domain. Antaranya ialah Godaddy dan Namecheap. Nama domain kat sini memang murah.
So sesiapa yang belum memiliki nama domain sendiri ceklah di google samada nama domain yang anda nak tu dah dimiliki orang atau tidak. Kalau belum cepat-cepat grab. Kalau lambat alamat melepaslah
Salam,
Terima kasih Mantra untuk tambahan info ni. Betul tu,kena cepat2 miliki domain sendiri. Baru best.
Disini banyak ilmu yang saya dapat.Maklumlah saya ni bukan aliran IT.Teruskan salurkan maklumat yang bermanfaat.
muslim´s last blog ..BISNES PALING SIMPLE DALAM MALAYSIA TAPI INCOME POWER…!!!!!
InsyaAllah…akan dikongsikan lebih banyak lagi ilmu di sini..
salam saudari nozi.. thanks a lot sbb ilmu awk ni.. sy teringin nk wat biz on9 ni tp xtahu caranya.. teringin tuk gunakan blog sbgai platform utk memulakan tp xtahu mcm mana nk mula.. hope u bleh bg sedikit tunjuk ajar k..
Salam saudara Masri,
Sama-sama.
Berniaga secara online ni memang sudah mencabar sekarang. Tapi, kita byk lagi peluang. Pasaran luas. Jadi, kita tidak perlu risau. Senang saje, jika saudara ingin buat blog, saudara buat blog dahulu. Mungkin jika tiada modal, saudara buat blogspot dulu. Tarik seberapa ramai orang dan itulah target saudara selepas ini. Selain dari itu, cuba join mana-mana forum di sini. Disitu jugalah saudara akan dikenali.
Selamat mencuba tips ringkas dari saya. Yang paling penting, usaha.
Salam…
Terima kasih untuk info…saya pun berminat dengan online bisnes nie…nak buat research dulu b4 making any action….
Aemilia Sarkawi´s last blog ..Mumbu Bubur Pedas