Powered by Max Banner Ads
Apa itu Domain dan Hosting – Bahagian 2
Assalamualaikum,
Seperti yang dijanjikan, saya akan kongsikan mengenai apa itu subdomain. Subdomain ni adalah domain yang kita bina di bawah domain utama yang kita guna. Ia bertujuan untuk membahagikan sesuatu benda yang lebih spesifik.
Jika sebelum ini saya terangkan domain adalah seperti “www.gedungilmu.com” tetapi subdomain pula adalah seperti “blog.gedungilmu.com”, bermakna “blog” itu adalah subdomain. Anda sudah faham kan. Senang aje.
Bila sudah tahu ketiga-tiga definisi ni barulah senang untuk kita membina blog.
Saya lihat sekarang ni semakin ramai yang menggemari blog. Dari yang suka membaca blog orang sehinggalah dia membuat blog dia sendiri. Malah dibuatnya duit pula dari blog. Jumpa formula best, mau tidaknya boleh jana duit beribu-ribu ringgit/dollar.
So, jom la kita sama-sama lakukan sesuatu yang berfaedah. Saya sarankan sangat-sangat bagi mereka yang ada kemudahan internet di rumah.
SEJENAK BERFIKIR….
Jika ditakdirkan kita dipanjangkan usia sehingga lanjut usia, apakah kita hanya harapkan duit anak-anak? Tapi, jika kita ada sumber pendapatan dari internet sekaligus ilmu internet yang semakin bertambah (Information Technology), kita pasti dapat sesuatu darinya sampai bila-bila. Saya harap anda dapat faham maksud saya.
Saya ada sesuatu untuk dikongsikan. Nanti saya akan terangkan dengan lebih terperinci.
Sila layari URL ini ya.. don’t miss it!
Sekian,
Nozi
Popularity: 1% [?]
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.





