Backup Wordpress Blog dengan Cpanel
Assalamualaikum,
Pernahkah anda backup blog anda? Backup merupakan salah satu perkara yang amat penting lebih-lebih lagi buat mereka yang membuat bisnes dengan blog mereka. Untuk pengguna blog, penting untuk membuat backup iaitu anda membuat salinan bagi file original anda. Ini untuk memastikan bahawa sekiranya blog anda diserang hackers, anda masih ada backup file itu tadi.
Cuba anda lihat gambar ini. Pasti anda tidak mahu pening kepala sekiranya anda kehilangan sesuatu yang begitu berharga bukan?

Jika anda mempunyai hosting sendiri, sudah tentu anda biasa dengan Cpanel. Kebiasaannya, bagi mereka yang menyewa hosting untuk memasang domain, akan disediakan Cpanel untuk membuat konfigurasi database, domain, email dan sebagainya. Jadi sekarang, saya ingin tunjukkan kepada anda bagaimana untuk melakukan backup ini. Tetapi, mungkin sesetengah pemilik hosting mempunyai had-had untuk mengakses di ruangan Cpanel. Jika anda mempunyai masalah pada Cpanel anda, sila beritahu pemilik hosting anda.
Sila klik pada ruangan Backups dalam Cpanel anda seperti di bawah:

Anda boleh lakukan dua jenis backup di sini sama ada Full Backup iaitu melakukan backup sepenuhnya ataupun Partial Backup iaitu melakukan backup satu persatu. Anda boleh melakukan proses backup ini untuk semua file berkaitan blog anda seperti Home Directory, MySQL Database, Email Forwarders, dan Email Filters.
Untuk Full Backup, sila klik di ruangan ini:

Sebelum meneruskan backup, anda hendaklah menentukan alamat email terlebih dahulu bagi memastikan anda menerima status backup anda nanti.
Untuk Partial Backup, anda boleh membuat backup satu persatu dengan hanya klik pada ruangan yang dibulatkan ini:

Selain itu, ada satu cara lagi untuk membuat backup iaitu dengan menggunakan Backup Wizard. Di sini anda akan diarahkan untuk melakukan backup. Mungkin anda akan rasa lebih mudah dan lebih teratur jika menggunakan Backup Wizard kerana ada langkah-langkah yang perlu anda ikuti.


Selamat membuat backup!
Popularity: 2% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.







Salam,
Sedar tak sedar, saya jarang sekali menggunakan tool dalam CPANEL. Tu yang kekadang terlupa boleh backup dari sana. Terimakasih dgn perkongsian ini.
Salam,
Kena beringat sebelum kena.Sediakan payung sebelum hujan.
salam.. nice sharing sis!! kipidap yea.. harap dpt blajar dr sis.. tQ
mzm´s last blog ..6 idea jana wang dengan produk PLR dan MRR
Salam Mzm,
Thanks. InsyaAllah, ada ilmu baru pasti dikongsikan lagi di sini.
Nozi´s last blog ..Selamat Hari Raya AidilAdha 
Salam Nozi. Bagus artikel ini. Memberi saya pendedahan tentang internet yang tanpa sempadan. Nozi kalau tak kebaratan minta ajar saya di emel
Motivasi Kerja´s last blog ..Mengapa Bekerja Perlu Berpakaian Kemas? 
Salam AlongCaPR,
InsyaAllah, saya boleh bantu apa-apa yang mampu.
Nozi´s last blog ..VCD Tilmiz Doa Vol. 1 dari Kumpulan Tilmiz 