Powered by Max Banner Ads 

Bagaimana nak buat tandatangan online?

Assalamualaikum,

Saya ingin kongsi sedikit ilmu buat anda semua. Dah lama benar tak kongsi ilmu kan.  :)

Ada sesetengah blogger yang menjadikan blog mereka lagi professional dengan meletakkan tandatangan (signature) di bawah artikel dalam blog mereka. Ada juga yang menggunakan tandatangan untuk diletakkan di landing page ataupun squeeze page untuk tujuan pengiklanan ataupun mempromosikan produk yang dijual.

Anda berminat untuk buat tandatangan seperti ini tak?

Di sini saya ingin kongsikan di mana anda boleh buat tandatangan tersebut. Jangan takut bila lihat langkah-langkah seperti susah. Selepas anda cuba sekali, ia semudah ABC sahaja.

Langkah-langkahnya adalah:

1. Sila ke link berikut –> http://www.mylivesignature.com

2. Sila pilih Click Here To Start ataupun Start Now!

img1

3. Pilih mana-mana kaedah yang sesuai:

4. Sekarang saya pilih Using the signature creation wizard.

5. Masukkan tandatangan anda. Sebagai contoh, saya taip Nozi. Selepas itu, klik pada Next Step.

6. Pilih font mana yang anda suka. Banyak pilihan ada di sini. Pilih mana-mana yang berkenan di hati. Klik Next Step lagi.

7. Kemudian, pilih size pula dan klik Next Step.

8. Selepas itu, anda boleh pilih background color dan juga text color.

9. Pilih slope mana yang best.

10. Yes! tandatangan anda sudah siap.

Anda ada beberapa pilihan untuk aplikasikan tandatangan anda.

Want us to animate this signature?

Want to download this signature?

Want to use this signature?

Langkah seterusnya:

1. Saya pilih Want to use this signature.

2. Pilih Generate HTML code.

3. Kemudian, klik pada Generate a code for my handwritting signature.

4. Apabila code sudah generate, anda bolehlah copy code tadi dan letakkan di blog anda ataupun mana-mana tempat yang dirasakan perlu.

5. Cara mudah dari saya, anda simpan code tadi dan anda paste setiap kali anda post artikel.

6. Letakkan HTML code pada ruang post anda. Jangan letak di dalam Visual tab, tapi letak dia bahagian HTML tab. Letak pada line terakhir sekali. Barulah nampak seperti tandatangan saya ni. ;)

Selamat Mencuba.

Ikhlas dari,

Popularity: 8% [?]

Share/Save/Bookmark

Mengenai Blog, Tips, WordPress

Artikel Berkaitan:
  • Backup Wordpress Blog dengan Cpanel
  • Wordpress SEO friendly
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Comments

    8 Responses to “Bagaimana nak buat tandatangan online?”

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.