Powered by Max Banner Ads 

Favicon untuk Blog WordPress anda

Assalamualaikum,

Salah satu untuk menarik traffic pada blog anda.

Baru kurang dari 5 minit tadi saya telah buat Favicon pada blog saya. Cuba anda perhatikan pada sebelah URL blog saya. Ada icon buku kan di situ? Caranya amat mudah. Anda masuk ke link ini http://www.maxblogpress.com/plugins/mfi/ kemudian anda klik pada ‘Download Now’.

Sila extract file download anda di /public_html/wp-content/plugins/ hosting anda. Ia adalah plugin biasa. Seperti biasa, pegi ke Dashboard>Plugins> dan cari folder favicon tadi (MaxBlogpress facicon). Activate folder tersebut.

Selepas anda sudah activate,sedikit konfigurasi perlu dibuat. Sila klik pada ‘here’ link text seperti di bawah:

Kemudian anda ikut langkah pertama iaitu untuk mengesahkan blog anda. Pastikan email address anda betul. Selepas itu, anda akan menerima email untuk verify email anda. Setelah Berjaya verify email, anda dikehendaki masuk semula pada Dashboard tadi dan pegi ke step 2 iaitu klik pada ‘Activate and Verified’. Selepas itu, anda akan menerima paparan baru seperti ini untuk anda memilih favicon mana yang sesuai untuk blog anda. Pilihlah yang mana sesuai. Saya memilih ikon buku sebab nama blog saya gedungilmu.Jika nak reka sendiri ikon boleh juga.

Pada laman Maxblogpress ada menerangkan sedikit sebanyak mengenai kebaikan favicon ini. Salah satu daripadanya adalah:

1. Blog anda akan mudah dikenali dan dikenalpasti terutama semasa searching di mana-mana search engine.

2. Blog anda juga dapat menarik ramai lagi pembaca blog untuk menuju ke blog anda.

3. Blog anda mudah dijumpai dalam banyak-banyak RSS yang dibuat oleh pembaca blog.

4. Menjadikan anda lebih ‘visible’ atau nampak ketika membuat komen di mana-mana ruangan komen.

Terpulanglah pada anda untuk mencuba atau tidak. Apa yang pasti, saya mencubanya dahulu.

Ikhlas,

Nozi

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

MaxBlogPress, Mengenai Blog, Plugins, WordPress

Artikel Berkaitan:
  • Wordpress SEO friendly
  • Tarik Pembaca Blog
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.