Google Sandbox? Pernah dengar?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya ingin kongsikan sedikit mengenai site baru yang tidak ada di google result sekiranya kita search di sana. Ada beberapa sebab mengapa ia terjadi.
Cuba anda taip domain blog/web anda di google search.
Site: www.domainanda.com
Ada ataupun tidak hasil carian di google? Jika ada, bermakna site anda telah masuk atau diindexkan di google. Jika tiada, bermakna site anda tidak akan dipaparkan sekiranya ada orang ingin mencari topik yang berkaitan dengan site anda kerana site anda telah disorok oleh google. Kenapa pula? Pelik kan?
Google mempunyai Google Sandbox di mana ia adalah kaedah yang digunakan oleh google untuk menapis mana-mana site baru dalam beberapa tempoh. Mengapa begitu? Ini kerana, google ingin menjaga SERP (Search Engine Result Page) supaya site baru itu tidak akan menakluk kesemua hasil carian. Anda keliru?
Sebagai contoh, jika kita search mengenai ‘Tips Jana Wang di internet’. Lepas itu, keluar satu laman web sahaja (contohnya dari http://www.ABC.com) dengan result 0-1000 contohnya, pasti susah kita ingin dapatkan hasil carian yang berbagai kan? Takkan kita ingin baca maklumat dari satu laman web sahaja? Jadi, laman web kita akan disorok atau di blacklist oleh Google kerana ingin menjaga mutu cariannya. Dengan kurangnya bilangan site yang dihasilkan, maka pengguna tidak akan berpuas hati dengan enjin carian melalui google.
Itulah sedikit mengenai Google Sandbox. Jika saya ada lagi info mengenainya, saya akan sambung di post seterusnya nanti. Kalau anda ada sebarang komen atau ingin tambah info, silalah letak komen anda ye. J. Sebarang komen yang bernas amatlah dialu-alukan. Terima Kasih.
Ikhlas,
Nozi
Popularity: 1% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.










Hmm, sblm baca artikel ni saya tak tau pon pasal Google Sandbox ni. Perkongsian info yg bagus..harap Nozi sambung lagi ya details pasal Google Sandbox di entri akan datang
Saya pun sebenarnya tak tahu sebelum ni. Tapi bila dah tahu,terus share. Banyak benda kita kena baca sebenarnya. Kadang-kadang benda yang ringkas pun kita tidak tahu. InsyaAllah, saya akan cuba selami dengan lebih mendalam lagi mengenai Google ni. Terima Kasih atas komen AbgZol.
sambil-sambil blog walking terjumpa info yang menarik ni
Tq for da info, saya dah subscribe blog ni
Terima Kasih Mantra. Saya akan cuba hasilkan penulisan yang berguna lagi untuk semua.