Powered by Max Banner Ads
Hakcipta Blog atau Blog Copyrighted
Assalamualaikum,
Apabila bercakap mengenai menulis blog atau blogging, bagi mereka yang meminati dan serius dalam dunia blogging pasti tidak suka isi kandungan blog mereka dicuri. Ini kerana sebelum mereka mengarang sesebuah artikel, mereka telah banyak membuat carian dan kajian di mana-mana enjin carian dan menganalisa isi-isi penting sebelum mengarangnya. Jadi, sudah tentu aktiviti menyalin ataupun ‘copy and paste’ ini amatlah tidak disukai oleh pemiliknya. Siapa suka kalau ada orang lain cuba menyalin semula blog mereka kan?
Jadi, hari ini saya ingin menyentuh sedikit mengenai istilah ‘hakcipta terpelihara’ yang selalu kita dengar tidak kiralah secara online ataupun offline. Sebenarnya, adalah menjadi sesuatu yang amat penting untuk menjaga hakcipta sesebuah blog. Biasanya ia berkaitan dengan produk tetapi penting juga diingatkan bahawa, hakcipta ini adalah penting buat blog kita.
Sudah tentu anda sedia maklum bahawa blog yang unik akan mendapat ranking yang mudah di enjin pencarian. Anda masih ingat mengenai post saya yang lalu iaitu Search Engine Optimization (SEO)? Justeru itu, jika ada sebarang penyalinan tanpa kebenaran yang berlaku terhadap isi kandungan blog kita, maka ia akan mudah menjatuhkan reputasi blog kita. Dengan kata lain, melindungi hakcipta isi kandungan blog kita adalah salah satu perkara yang begitu penting sekiranya kita mengutamakan keberkesanan enjin carian iaitu menitiberatkan Search Engine Optimization (SEO).
Tips untuk mengetahui samaada isi kandungan blog kita telah dicuri atau tidak, anda boleh menggunakan Copyscape. Anda boleh memasukkan URL anda dan apabila membuat carian, anda akan lihat beberapa isi kandungan dari blog-blog lain yang disyaki sama dengan isi kandungan blog anda. Tetapi, untuk mendapat hasil yang lebih tepat lagi, anda boleh menggunakan Copyscape Premium yang mana anda boleh mengenalpasti sama ada isi kandungan blog anda sama dengan mana-mana blog ataupun ianya telah dicuri. Untuk Copyscape Premium, charge akan dikenakan bagi setiap carian iaitu $0.50.
Oh ya, Copyscape juga mempunyai pelbagai banner yang anda boleh letak di blog anda untuk memberi amaran kepada mereka yang cuba menyalin post anda.
Selain itu juga, ada satu lagi tools yang anda boleh cuba untuk mengetahui aktiviti menyalin blog tanpa kebenaran ini iaitu dengan menggunakan Copygator. Copygator ini pula lebih bagus dari segi fungsinya yang dapat mengenalpasti aktiviti penyalinan semula isi kandungan blog kita melalui RSS feed. Jika anda ada post baru, Copygator dapat memaklumkan dan menghuraikan bagaimana, di mana dan bila isi kandungan blog anda disalin semula.
Untuk mengaplikasikan Copygator, anda boleh menggunakan badge yang disediakan yang mana anda boleh meletakkan badge tersebut di blog anda untuk tujuan mengenalpasti aktiviti penyalinan tanpa kebenaran ini.
Sekian,
Nozi
Popularity: 1% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.








Salam,
Baguslah, semakin hari banyak maklumat berinformasi tntg penggunaan internet dan blog. Kini polisi sudah ada, hakcipta dll…keep it up..
Salam eidul adha…
MuhdSuhaily´s last blog ..Diri dan Kehidupan
Salam,
Hi Suhaily,
Lama tak dengar khabar. Thank sebab jenguk gedungilmu.
Mcm ada sesuatu ni kat ur blog.
Salam kembali, tidak ada apa apa, datang menjenguk sahabat sahabat internet, lama juga tidak dtg ke sini sebab urusan tugasan harian.
Terimakasih,
MSG