Kedai Online di gedungilmu.com
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, baru-baru ini sempat juga saya membina satu lagi blog yang dijadikan juga kedai online untuk menjual produk yang selama ini dijual secara offline. Rasanya, sudah tiba masanya saya luaskan jualan secara online. Kedai ini pun 100% saya buat sendiri dengan hanya menggunakan sedikit ilmu yang ada. Buat seringkas mungkin dan harap adalah yang sudi singgah barang sebentar untuk melihat apa yang dijual di situ.
Pada mulanya saya ingin gunakan Zencart sahaja. Tetapi, Zencart mempunyai banyak konfigurasi yang perlu dilakukan. Bak kata orang, sedikit cerewet. Setelah banyak mencuba, terjumpa pula theme yang saya rasakan sesuai dan boleh dijadikan kedai. Pemilihan warna mengikut citarasa saya, yang tidak begitu terang dan tidak bergitu gelap. Semoga tidak mengganggu mata sesiapa yang berkunjung.
Saya menggunakan aplikasi shopping cart yang saya rasa mereka yang gemar membeli secara online sudah tahu bagaimana untuk menggunakannya. Mungkin saya akan sediakan manual bagaimana untuk membuat pembelian nanti. InsyaAllah.
Suka sekali jika anda sarankan atau kongsikan kewujudan kedai ini kepada kenalan. Jutaan terima kasih saya ucapkan. Jika anda ada pendapat yang ingin dikongsikan, silakan. Saya sedia menerima sebarang pendapat.
Ini sedikit paparan skrin kedai online saya. Jom singgah.
Popularity: 2% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.







