Kuasa Auto-Responder
Assalamualaikum semua,
Saya dapat info bahawa, penting bagi usahawan internet untuk membina list email untuk membuat marketing. Sebagai contoh yang ringkas, katakan anda ingin menjual produk bernilai RM10 dan anda mempunyai 100 list, anda akan mendapat RM1000 jika produk anda berjaya dijual.
RM10 X 100 orang = RM1000
Hari ini saya ingin kongsikan satu tips yang amat penting bagi newbie macam saya terutamanya yang baru mahu mulakan perniagaan di internet. Seperti rakan-rakan niaga yang lain,mereka mempunyai khitmat auto-responder atau kita kenali sebagai jawapan secara automatik. Ia berkaitan dengan email yang kita gunakan untuk menjawap segala pertanyaan ataupun urusan jual beli kita dengan pelanggan.
Setakat ini, auto-responder yang disyorkan adalah yang berbayar. Contoh auto-responder yang boleh dipercayai adalah:
1. Getresponse
2. Aweber
3. EmailAces
Daripada pembacaan saya di blog-blog yang sudah berpengalaman, mereka tidak menggalakkan kita menggunakan auto-responder yang percuma. Getresponse juga menawarkan yang percuma,begitu juga cpanel (iaitu di hosting berbayar kita) dan juga lain-lain auto-responder yang percuma. Ada seorang rakan internet bisnes kita yang mengalami kerugian kerana menggunakan auto-responder yang percuma kerana list email yang dikumpul tidak dapat diselamatkan (hilang). Memang rugi tiada list email kerana anda akan kehilangan pengguna anda sekelip mata.
Bagi yang belum mampu, penggunaan yang percuma tu boleh,tetapi anda kena cepat-cepat juga dapatkan yang berbayar untuk lebih rasa terjamin. Saya pun baru nak cuba ni. Tapi cepat-cepat saya share ilmu ni supaya takde yang ketinggalan. Selamat maju jaya semua.
Sekian,
Nozi
Popularity: 1% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









