Macammana nak tahu apa yang orang suka cari di enjin carian Google?
Saya dapat ilmu lagi ni. Mengenai bagaimana untuk mengetahui apa keyword yang paling top dicari oleh penggemar internet. Anda boleh lihat di google trends. Sila masuk di sini. http://www.google.com/trends
Anda masukkan contohnya: ‘Affiliate’ sebagai keyword dan klik pada ‘Search Trends’. Anda akan melihat trending keyword ini. Anda akan tahu juga, negara mana yang paling banyak buat surfing mengenainya. Anda boleh bandingkan beberapa keyword juga seperti ‘Clickbank’ dan klik pada ‘Search Trends’.

Jika kita lihat, trend internet pada tahun 2004-2009 mengenai Affiliate naik pada hujung 2007 dan 2008. Ini bermakna, ramai yang mencari mengenai Affiliate pada waktu itu. Jika kita lihat di bahagian region, Malaysia adalah Negara yang teratas yang mempunyai trend yang paling tinggi.
Jika anda klik pada region, anda akan dapat melihat trend bagi subregion/negeri di Malaysia. Ini adalah untuk melihat dengan lebih lanjut lagi manakah negeri-negeri yang mempunyai jumlah carian yang paling banyak.
Dari sini, kita dapat mengkaji, keyword apakah yang paling tinggi cariannya di Google. Semoga anda dapat manfaat dari ilmu ini.
Ikhlas dari,
Nozi
Popularity: 3% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.










Terima kasih Nozi kongsikan tips ni. Memang sepatutnya kita buat analisis sebegini kalau nak target market. Phewww..mengancam ler theme baru Nozi ni
baru ler kena dgn konsep gedungilmu.com simple & clean..syabas!
Terima Kasih AbgZol. Saya pun baru sedikit tahu mengenai cara-cara untuk membuat analisis. Theme ni lebih sejuk mata memandang bagi saya lah.hehe
betul sangat tu kak. Kita leh gak wat perbandingan keyword mana yang mendapat carian tertinggi dengan letak koma lepas setiap perkataan. just my 3 cents.
Ya, betul tu. Jika ingin buat perbandingan pun boleh. Lagi mudah untuk kita buat kajian. Terima kasih.
tips yang berguna…korang juga boleh rujuk di nst paper setiap hari isnin. atau type “carian google paling tinggi”
Hi Donny,
Thanks for the info.
Apakah keyword paling popular dalam bahasa melayu?
imddin´s last blog ..Imddin Ahmad Cuba nak jadi Pakar Kaunseling