Powered by Max Banner Ads
Menghubungkan Twitter dengan Wordpress
Sekarang saya juga memakai Twitter. Orang pakai Twitter, saya pun nak cuba juga apa lebihnya ada Twitter ni. Sambil cuba-cuba, saya mencari juga maklumat mengenai Twitter. Bagi newbie macam saya, sudah tentu kena cari apa dan mengapa ia digunakan.
Apa itu Twitter? Saya baru sahaja membaca satu free eBook daripada seorang penulis bernama Paul. Apa yang saya perhatikan, semakin ramai yang menggunakan Twitter sebagai penghubung yang mana ianya diletakkan di ‘side bar’ blog. Twitter ni sebenarnya satu kaedah yang dapat menghubungkan penulis blog dengan pembacanya dengan hanya menggunakan ayat yang ringkas dan padat sebanyak 140 perkataan sahaja. Twitter ni wujud sejak tahun 2006 lagi. Di bawah ini saya sertakan maklumat mengenai Twitter:

Kelebihan yang ada pada Twitter ni kita dapat menjejaki blogger di mana dan apakah yang sedang dia lakukan kerana dia akan mengemaskini aktiviti yang dilakukannya di Twitter. Ini merupakan salah satu cara untuk kita ‘keep in-touch’ dengan penulis blog. Ada juga yang panggil mewujudkan ‘network’ atau rangkaian perhubungan sesama blogger. Contoh yang jelas adalah seperti di bawah:

Namun begitu, sekiranya kita menggunakan Twitter ini, kita hendaklah menjawab soalan penjejak kita dengan tepat. Sebagai contoh, sekiranya mereka bertanya “Apa yang anda sedang buat sekarang?”, kita pun menjawab, “Saya sedang menulis satu blog berkenaan Twitter dan akan dimasukkan di http://www.gedungilmu.com tidak lama lagi.” Dengan cara ini,mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai apa yang kita tulis akan masuk ke blog kita untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi. Setelah mereka masuk ke blog kita dan suka hasil penulisan kita, mereka akan terus menjadi pembaca blog tetap kita.
Selain daripada itu, kita juga boleh menjejaki mereka yang mengikuti perlembangan kita dengan melakukan perkara yang sama.
Twitter juga mempunyai Twitter counter dimana kita boleh mengetahui berapa ramaikah yang sedang mengikuti perkembangan blog kita.
Sebenarnya ada banyak button twitter yang anda boleh dapatkan. Untuk nampak lain dari yang lain dan untuk menarik perhatian orang klik ke twitter kita. Saya jumpa button free kat sini, badges pun ada. Seronok!!hehe..(http://www.twitip.com/181-twitter-buttons-badges-widget-and-counters-to-help-you-find-followers/)
Saya juga meletakkan twitter follower counter kat sidebar saya untuk mengetahui sudah berapa ramai yang sedang mengikut saya di twitter. Anda boleh download widget ni dari mana-mana search dari google senang sahaja boleh dapat.
Sekian,
Ikhlas dari,
Nozi
Popularity: 2% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.







Nice explanation, thanks for following on twitter though!
Thank you.We will share more and more on what we’ve learnt.
Untuk menarik lebih ramai pelawat, cuba guna teknik ini:
http://tweetergetter.com/muhdsuhaily
Hmm.Menarik2.Thanks for sharing.
Thank you for reading your article. I think useful.