Related Post Plugins untuk Wordpress
Assalamualaikum,
Saya tekad untuk meningkatkan mutu blog saya tetapi banyak benda perlu dikaji dan dijadikan panduan. Satu lagi plugins yang saya rasa amat penting untuk sesebuah blog ialah plugins untuk memaparkan artikel yang berkaitan dengan artikel terkini kita. Kebaikan yang saya rasa di sini ialah, kita akan menarik pembaca untuk membaca artikel-artikel yang lepas tetapi berkaitan. Jadi, mereka tidaklah susah untuk mencari artikel yang mempunyai hubungkait dengan artikel terkini itu tadi.
Caranya amat mudah. Anda boleh download plugins ini dari link di bawah:
http://wordpress.org/extend/plugins/related-posts/
Kemudian, seperti biasa, anda upload kesemua folder ‘related-post’ ke dalam server di:
/public_html/wp-content/plugins/
Ia boleh dipaparkan di ruangan sidebar. Anda hanya perlu tambah widget tadi di mana-mana sidebar yang anda inginkan. Akan tetapi, pendapat saya ia adalah lebih efektif dan praktikal jika diletak di bawah artikel. Sebagai contoh, jika anda ingin memaparkan artikel yang berkaitan ini sebelum ruangan komen seperti yang saya buat sekrang ini, anda boleh edit ‘single.php’ file dalam folder wordpress theme anda.
Cara-caranya:
Sila ke Appearance > Editor dan cari file ‘single.php’. Kemudian, letakkan code ini di dalamnya. Code ini ada disediakan sekali. Sila rujuk folder plugins yang anda download tadi. Ada dalam file readme.txt. Hanya copy code ini dan letakkan seperti di bawah:

Selepas itu, save file tadi dengan klik pada ‘Update File’.
Default settingnya sekarang memaparkan 5 artikel berkaitan. Mungkin terlalu banyak dan anda ingin kurangkan bilangannya. Jika anda ingin mengubahnya, anda perlu ubah file ‘related-posts.php’ yang terdapat di dalam \related-posts folder seperti di bawah dan save semula file ini.

Bagaimana ia boleh mengetahui mana artikel yang berkaitan ye? Sebenarnya ia mengenalpasti tag yang kita letak untuk artikel kita itu. Hmm, selepas ni, saya perlu perbaiki mutu tag yang saya gunakan selama ini. Maklumlah, masih belajar selok belok menulis blog yang bermutu.
Bagaimana? Jadi atau tidak? Cikgu tak bertauliah saya ni. Maaflah jika ada tersilap apa-apa ye. Selamat mencuba!
Popularity: 1% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Thanks Nozi…
Hadinur MS´s last blog ..7 Teknik Pemasaran Internet Berkesan 
Akhirnya blog sya ade plugins ni.
Walaupun u ni cikgu xbertauliah tp, ok la.
Apa yg ditunjukkan kat atas menjadi.