Sejadah kanak-kanak
Assalamualaikum,
Baru-baru ini saya ada terlihat satu kedai online yang menjual sejadah untuk kanak-kanak. Tetapi apa yang membimbangkan saya ialah, sejadah tersebut mempunyai corak/motif haiwan yang mana saya rasa itu adalah salah satu perkara yang perlu difikirkan dan diketengahkan. Setahu saya, jika kita ingin solat, pastikan pakaian kita tiada corak yang tidak boleh digunakan ketika solat seperti corak/motif haiwan sebagai salah satu contohnya.
Jelas sekali sejadah itu tidak boleh digunakan kerana mempunyai motif haiwan di atasnya. Contoh corak yang ada adalah seperti lebah, zirafah dan macam-macam lagi. Saya ada buat rujukan dengan sahabat saya yang arif tentang ini. Katanya, ini adalah dakyah kecil yang mana ia adalah taktik kotor yang dibawa oleh kaum Yahudi.
Ada juga corak Thomas and Friends, gambar kereta api yang berkepala (ada mata,hidung,mulut). Saya tak tahu samada mereka yang menjual sejadah ini tahu atau tidak akan hal ini. Sebelum jualan sejadah seperti ini semakin menjadi-jadi, eloklah kiranya isu ini dibangkitkan. Mungkin rakan-rakan yang lebih arif lagi boleh mengulas dengan lebih jelas lagi di laman masing-masing tentang hal ini supaya kita sama-sama dapat membendung perkara-perkara yang boleh merosakkan iman anak-anak kita. Nauzubillah.
Saya perasan juga, akhir-akhir ini macam-macam perkara yang timbul tentang makan pakai kita. Nanti, saya ada satu lagi topik yang ingin saya ketengahkan di ruangan gedungilmu.com ini sebagai satu perkara yang perlu kita lihat dan fikir-fikirkan.
p/s: Anda boleh google sendiri untuk melihat sendiri sejadah yang saya maksudkan tadi.

Popularity: 3% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Thanks for interesting post. I read it with pleasure. But I think that you can write about other culture events in the country.