Tarik Pembaca Blog
Assalamualaikum,
Saya ada tambah satu plugin di blog saya. Jika anda perasan, saya ada letak CommentLuv di bawah ruangan komen blog saya. Ini adalah salah satu teknik yang baik untuk menambah kehadiran pembaca blog.
Bagaimana tu?
Sekarang saya akan nampak apa post terbaru dari blog pemberi komen di blog saya. Saya akan lebih terpanggil untuk klik pada link tersebut dan masuk ke blog mereka serta membaca post terkini mereka. Secara tidak langsung, saya akan membaca post-post mereka yang lain juga.
Anda boleh cuba gunakan teknik simple ini dan lihat hasilnya. Saya sebenarnya terlihat plugin ni pada blog Zolkie aka abgzol kita. Saya tertarik untuk meletakkan juga pada blog saya. Selain memberi faedah kepada pemberi komen saya, ia secara tidak langsung memberi kelebihan kepada blog sendiri sebagai tarikan untuk menggalakkan lagi pembaca memberi komen. Tapi AWAS! Jangan pula letak SPAM ye. Nanti tidak pasal-pasal anda diblacklist.
Yang paling membuatkan saya tertarik, saya akan nampak post terkini pemberi komen di blog saya. Mudah sekali untuk ketahui post-post terkini mereka. Bagi saya, ia satu kelebihan. Apa salahnya kalau diaplikasikan juga.
Banyak lagi sebenarnya teknik-teknik untuk menarik pembaca blog ke blog kita. Selain daripada plugin ini, banyak lagi plugin yang boleh membantu.
Sekian perkongsian saya bagi yang masih belum tahu.
Untuk mereka yang ingin mencuba plugins ini, sila klik di sini:
Dari,
Nozi
Popularity: 1% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









CommentLuv memang suatu plugin yang best.
Fatin Pauzi´s last blog ..Bijak Memanipulasi Kelebihan Diri Sendiri 
Cuba akan pasang plugin dofollow.
Mungkin ini boleh menarik minat orang untuk
ke blog juga. Just my 3 cents.
Saya ada baca juga pasal dofollow tu. Tapi tak baca habis lagi. Thanks for the info.
Oh.. saya tak jumpa plak plug in ni mase search..
mmg nama dia commentluv eh? mungkin terlepas pandang kut…
Saya ada terbaca pasal plugin ni dalam ebook yg ditulis KampungBoy…huhu
Ada.Silap taip kot. Cuba la lagi.hehe
OH..ini sudah bagus, sya pun nak buatlah…
Tahniah nozi dah guna plugin yg hebat ni..saya sendiri pun mendapat trafik mudah hasil daripada ‘CommentLuv’
memang best kan. Saya juga mcm nozi..upgrade skill berblog ni sikit-sikit & rajin-rajin ler singgah di blog orang lain terutamanya yg popular..secara tak langsung blog kita juga mendapat tempias dari trafik mereka!
Terima kasih abgzol sebab menyokong saya. Saya pun dapat lihat kesan dia sekarang. Tapi semuanya kena buat dengan penuh kesabaran. Saya pun harap, orang baru dapat mengikuti sekali perkembangan blog ini dan boleh juga aplikasikan di blog mereka. Saya pun banyak lagi nak kena belajar ni. Ilmu memang tak pernah habis.
menarik… saya akan menggunanya
abushifa´s last blog ..Ayuh!! Himpunan Mansuh ISA.