Tips Google Adsense

Assalamualaikum,

Lama betul saya tak kemaskinikan blog. Keadaan tidak mengizinkan. Kurang sihat pula saya kali ni. Tapi, hari ni saya ingin kongsikan sedikit mengenai google adsense. Mana tahu, jika ada yang masih belum tahu tips ini dan ingin mencuba google adsense. Bagi saya, apa salahnya letak iklan dari google adsense sekarang walaupun tidak terlalu serius untuk menjana duit dari adsense.

Tips ni sebenarnya telah banyak dikongsikan oleh mereka yang sudah pakar tentang google adsense.

Jika anda sedang setup iklan adsense, pastikan anda melakukan sedikit konfigurasi pada text iklan anda. Sila lihat rajah di bawah.

googleadsense1

Biasanya, tulisannya adalah seperti berikut. Namun, anda digalakkan untuk menukar warna tulisan tersebut supaya seakan-akan sama dengan warna tulisan yang anda gunakan di dalam blog anda. Jadi, kebarangkalian untuk mendapat potensi klik pada iklan tersebut amat cerah.

Selain dari itu, cuba letak iklan google di bahagian yang mudah sekali mendapat potensi klik. Saya dapat tahu, kebanyakan pakar adsense kata, iklan 336×280 memang yang terbaik sekali digunakan. ;)

Satu lagi, kita boleh letakkan tidak lebih dari 3 jenis iklan [tulisan (text ads), gambar (images ads) dan link unit] pada satu mukasurat laman kita.

Itu lah sedikit tips mengenai google adsense yang boleh saya kongsikan di sini. Cubalah, mana tahu anda lebih cepat merasa dari saya. :)

Ada sesiapa yang ingin tambahkan tips yang anda tahu mengenai google adsense di sini? Sumbangan ilmu anda amatlah dialu-alukan.

Sekian,

Popularity: 2% [?]

Share/Save/Bookmark

Google, Mengenai Blog, Tips

Artikel Berkaitan:
  • Google AdSense Channels
  • Google AdSense
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Comments

    9 Responses to “Tips Google Adsense”

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.