Wordpress Plugins - Comments Policy

Assalamualaikum,

Pernahkah anda terfikir bahawa kita perlu letak polisi untuk mereka yang memberi komen di ruangan artikel? Mungkin jawapan anda; untuk apa sedangkan sudah ada ‘pengawal’ komen SPAM. Apa kelebihan dia ye?

Sebelum itu, mari kita fikirkan sejenak mengapa pentingnya memberi komen dari aspek SEO.

Membina rangkaian - dengan memberikan komen di sesetengah blog, kita sekaligus dapat membina rangkaian sesama penulis blog. Contohnya aplikasi commentluv plugin yang saya ceritakan sebelum ini.

Tapi, ada pula yang menyalahgunakannya dengan membuat komen SPAM pula.

Jika anda menggunakan ‘pembunuh’ SPAM seperti yang saya guna sekarang ; Wordpress SPAM free plugins ataupun Akismet, anda pasti dapat mengenalpasti berapakah komen SPAM yang anda terima dan telah dibuang oleh plugins SPAM ni.

Saya akui, mungkin semua telah mengaplikasikan plugin khas untuk membuang komen SPAM. Namun, ada sesetengah dari mereka yang meletakkan signature link mereka di ruangan komen itu sendiri. Jika anda aktifkan moderator sekalipun, pasti amat susah juga untuk mengawal perkara seperti ini dan anda akhirnya akan biarkan sahaja jika terlalu banyak. Jadi, lebih baik mereka diberi ’self-moderation’  iaitu menyediakan  satu polisi khas untuk pemberi komen. Jimat juga masa anda di situ.

Jika anda perasan, di bawah artikel saya ada diletakkan Wordpress comments policy plugin.

Ini contoh comments policy yang diberikan secara default.

commentspolicy0

Jika anda ingin meletaknya di blog anda, sila download comments policy plugin dari Wordpress di sini:

http://wordpress.org/extend/plugins/comments-policy/

Apabila anda telah aktifkan plugin ini, sila lihat di comments > comments policy di Wordpress Dashboard anda.

commentspolicy2

commentspolicy

Anda boleh customize jika mahukan dalam Bahasa Malaysia. Tambah sahaja dan tekan butang ‘Add More>>‘. Apabila semua dah siap, klik pada ‘Save Setting‘.

Anda boleh juga letakkan comments policy ini di mana sahaja ruangan blog anda mengikut kesesuaian. Jika anda ingin mengubahnya sendiri, anda boleh letakkan code ini di tempat yang diinginkan.

<?php comments_policy(); ?>

Apa yang paling menarik lagi, jika anda mempunyai banyak blog, anda install sahaja plugins ini dan boleh import/eksport comments policy tersebut. Filenya adalah dalam bentuk .json. Jadi tidak perlulah anda buat dua tiga kali perkara yang sama kan. Senang tak? :)

commentspolicy3

Apa lagi tunggu2. Cubalah sekarang aplikasikan di blog tersayang anda.

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

Mengenai Blog, WordPress

Artikel Berkaitan:
  • Wordpress SEO friendly
  • Favicon untuk Blog WordPress anda
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.

     
    viagra 100mg