Powered by Max Banner Ads 

Wordpress SEO friendly

Assalamualaikum,

wordpress

Saya rasa, semua sedia maklum bahawa bukan senang untuk mendapat ranking terbaik di enjin pencarian. Anda sudah baca artikel saya berkenaan Search Engine Optimization (SEO) sebelum ini? Ada sedikit diterangkan mengenai SEO di post lalu.

Kepada newbie seperti saya, pasti masih ada yang belum pasti samaada ingin menggunakan free domain ataupun domain berbayar untuk blog mereka. Bagi saya Wordpress mempunyai kelebihan-kelebihan yang tiada tolak bandingnya.

Salah satu kelebihan mempunyai blog Wordpress ni ialah ia merupakan satu medium yang SEO friendly yang mana mempunyai kemudahan tersendiri untuk menarik ramai pelawat. Mengapa SEO friendly? Wordpress mempunyai banyak kelebihan yang mana begitu banyak plugin-plugin yang menarik dan ada potensi untuk memudahkan blog anda mendapat ranking enjin carian. Salah satu plugins yang best adalah All In One SEO Plugins dan Add To Any Plugins. :) Anda cubalah pakai plugins ni. Search di google dan anda akan terus jumpa.

seo22

Jika kita lihat sekarang berjuta-juta blog ada di seluruh dunia. Dan kita pasti berhadapan dengan pesaing-pesaing yang hebat. Ranking enjin carian bukan sahaja bergantung pada plugins yang kita pakai tetapi juga menitikberatkan blog yang mempunyai post yang banyak dan berkualiti bukan dari hasil plagiat. Ada juga yang ingat, design blog yang menarik boleh menaikkan ranking di enjin carian. Blog yang cantik rekabentuknya tidak akan menjamin apa-apa untuk SEO sebenarnya.

Bercakap berkenaan rekabentuk blog, ada satu daripada perkara yang penting yang anda perlu tahu ialah menjaga design blog anda. Jangan gunakan gambar-gambar yang terlalu berat. Menggunakan file type .GIF adalah yang terbaik dan disyorkan.

Nanti bila ada info lagi berkenaan SEO ni saya akan sambung semula di post lain ye.

———————————————————————————————————————————

Kepada yang belum tahu untuk setup blog, anda boleh beli eBook Kit Blogger dengan saya. Atau anda ingin terus menikmati blog anda yang sudah siap dipasang? Saya juga menyediakan servis tersebut. Ada tawaran menarik hingga hujung tahun ni.

———————————————————————————————————————————

Popularity: 2% [?]

Share/Save/Bookmark

Mengenai Blog, Plugins, SEO, Tips, Trafik, WordPress

Artikel Berkaitan:
  • Tarik Pembaca Blog
  • Favicon untuk Blog WordPress anda
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Comments

    4 Responses to “Wordpress SEO friendly”

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.