Jangan sia-siakan orang di sekeliling anda

Assalamualaikum,

 

Tips hari ini,

 

“Jangan sia-siakan orang di sekeliling anda”

 

Mengapa kita perlu menghargai seseorang? Adakah kerana dia terlalu baik? Atau adakah kerana dia, kita mendapat kenikmatan hidup? Mengapa saya katakan yang kita perlu menghargai seseorang. Adakah sekadar untuk kepentingan kita sendiri?  

 

Saya ingin ingatkan kepada anda. Mungkin orang-orang disekeliling kita adalah orang yang pertama dan yang terakhir untuk kita kenal. Mungkin, sekali kita tinggalkannya, selama-lamanya kita tidak akan melupakannya.

 

 

Saya andaikan anda mempunyai sahabat yang akrab. Dia selalu berbuat baik kepada anda. Jika anda mempunyai masalah, dialah tempat untuk anda meluahkan perasaan anda. Dia juga memberikan nasihat berguna kepada anda.

 

Suatu ketika, dia telah melukai hati anda. Dia membuatkan anda terasa hati dengannya. Sudah tentu masa itu anda lupa setiap kebaikan yang telah dia lakukan. Anda begitu marah kepadanya.

 

Sebagai insan biasa,kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Pasti ada kesilapan yang mungkin tidak disengajakan. Jadi, saranan saya, maafkanlah sahabat anda itu jika dia sedar akan kesilapannya. Atau mungkin dia tidak perasan bahawa dia telah melukai hati anda namun, maafkanlah dia.

 

Kita sebagai manusia biasa perlu sentiasa memaafkan orang. Hari ini mungkin kita terasa hati dengan sahabat kita. Tapi entah esok atau lusa, kita secara tidak sengaja telah membuatkan orang terasa dengan kita.

 

Kita perlu hargai orang lain. Walaupun dia pernah menyakitkan hati kita. Lebih-lebih lagi sahabat kita. Jadi, jangan sia-siakan orang disekeliling anda. Biarpun dia tidak memberi sebarang keuntungan untuk anda, cuba hargai apa yang dia lakukan. Mungkin dia adalah orang yang pertama dan terakhir untuk anda.

 

Ingat ya. Kelebihan kita manusia di muka bumi ini adalah keunikan. Keunikan perangai dan kelakuan. Jadi fikir-fikirkanlah.

 

Tips ini juga amat-amatlah bersesuaian kepada mereka yang sudah mempunyai pasangan hidup.

 

 

Semoga tips saya kali ini membuatkan anda lebih tenang di dalam menghadapi kehidupan ini. Hidup kita akan tenang sekirangnya kita sentiasa memaafkan orang. Cuba anda praktikkan apa yang saya ceritakan seperti di atas. Semoga anda berjaya!

 

Sekian,

Nozi

Popularity: 2% [?]

Share/Save/Bookmark

Motivasi, Tips

Artikel Berkaitan:
  • Tips 30 saat Mengembirakan Orang
  • Duit Oh Duit
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Comments

    11 Responses to “Jangan sia-siakan orang di sekeliling anda”

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.