Powered by Max Banner Ads
Kreatif Menjurus Ke Arah Inovasi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Kreatifkah anda? ‘Kreatif’ ini hasil dari pemikiran kreatif yang biasanya dianggap memiliki keaslian dan kepantasan. Sebagai alternatif, dari segi konsep adalah tindakan dalam membuat sesuatu yang baru. Perubahan yang baru pula adalah apa yang dimaksudkan dengan ‘Inovasi’.
Kenapa kita perlu menjadi kreatif?
Sudah pasti kita semua pernah mengalami masalah dan kita seharusnya lebih kreatif dalam menangani masalah tersebut.
Bagi usahawan-usahawan, tentunya anda mempunyai banyak persaingan dan anda haruslah lebih kreatif untuk mencari jalan bagaimana untuk bersaing dengan pesaing-pesaing anda dan menghasilkan idea yang baru dan menjadikan produk anda lebih mantap.
Orang yang kreatif tidak akan berputus asa. Mereka akan terus berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Sikap-sikap yang perlu ada untuk menjadi Kreatif
Kreativiti ini terbit sekiranya kita mempunyai keinginan yang baru. Ianya berdasarkan sejauh mana kita inginkan kebaikan dalam hidup dan sejauh mana kita dapat menyelesaikan masalah kita.
Bagaimana untuk mendapat idea yang kreatif? Cuba anda duduk diam dan biarkan diri anda releks terlebih dahulu. Sebelum releks, fikirkan apakah yang anda ingin cari. Kemudian releks dan ulangi perkataan yang anda ingin cari itu berkali-kali sehingga meresap ke benak anda dan releks. Cubalah guna kaedah mudah ini dan lihatlah hasilnya.
Sekiranya anda ingin dapatkan hasil yang kreatif, anda perlu berani menghadapi risiko. Jika anda takut untuk menghadapi risiko, anda tidak akan ke mana-mana dan tidak akan berkembang.
Bagaimana untuk mengembangkan kreativiti?
Peluang -> Jadi Kebiasaan -> sudut pandangan
Jadikan masalah sebagai peluang untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif. Selain daripada masalah, anda boleh juga mengambil apa sahaja yang ada di hadapan anda yang boleh menghasilkan idea.
Contohnya anda lihat botol air mineral yang kosong. Apakah yang boleh dihasilkan daripanya? Tentu bagi yang tidak berfikir secara kreatif hanya membuangnya di dalam tong sampah.
Jika ingin menjadi kreatif, keluarlah dari kebiasaan. Jangan jadikan diri anda terkongkong. Cuba lakukan sesuatu yang baru yang menuju ke arah kebaikan iaitu ke arah yang lebih baik.
Cubalah fikirkan sesuatu dari beberapa sudut pandangan dan cuba kaitkan dengan apa-apa masalah yang kita hadapi. Adakah anda rasa botol air digunakan untuk meletakkan minuman sahaja? Ia boleh juga dibuat perhiasan, dipotong dan dijadikan pasu untuk pokok yang boleh hidup menggunakan baja berupa jeli atau dijadikan sebagai kincir angin. Itulah yang dikatakan kreatif. Menggunakan bahan-bahan terbuang untuk dijadikan sesuatu yang baru.
Pemikiran yang kreatif
Kesilapan -> perbaiki -> lakukan perubahan
Belajarlah dari kesilapan. Sekiranya anda tersilap melakukan sesuatu, cuba perbaiki kesilapan itu dan hasilkan sesuatu yang baru. Sesuatu yang baru ini merupakan inovasi anda iaitu satu perubahan yang baru.
Jangan sesakali menganggap, kreativiti hanya dapat dihasilkan dari sesuatu yang baru sahaja. Ia juga boleh dihasilkan dari sesuatu yang lama. Seperti botol tadi. Anda cuba fikirkan apakah hasil yang baru atau perubahan yang baru yang boleh anda lakukan darinya. Lagi kreatif anda bukan?
Satu lagi, jangan sesekali menganggap kejayaan anda pada idea yang lama akan berkekalan. Contohnya jika anda mempunyai ebook atau produk yang sudah ada kini dan mendapat sambutan, cuba fikirkan apakah idea yang boleh anda kembangkan untuk memperbaiki lagi produk tersebut supaya menjadi satu produk yang lebih baik lagi.
“Thinking Outside The Box”. Pasti anda pernah dengar istilah ini. Apa maknanya? Ia bererti, anda perlu fikir di luar dari kotak fikiran anda. Cuba senaraikan segala idea untuk digunakan sebagai penyelesaikan masalah anda.
Contohnya, bagaimana untuk anda lariskan jualan produk kecantikan anda? Mungkin dengan menggunakan iklan, poster atau pamplet mengenainya? Ataupun menggunakan artis terkenal sebagai tarikan kepada orang ramai untuk membeli produk anda. Macam-macam cara yang anda boleh gunakan. Cuba dan lihat. Kemudian, jika tidak berjaya, cuba fikirkan cara yang seterusnya untuk menyelesaikan masalah anda. Lebih banyak alternative yang anda pilih, lebih kreatiflah anda.
Banyak pula isi post saya kali ini. Harap ia berguna untuk anda. Sekian sahaja dari cetusan blog saya buat masa ini. Semuanya adalah hasil dari pembacaan saya untuk dikongsikan bersama. Tak berkongsi, nanti saya sendiri pun boleh lupa.
Dari,
Nozi
Popularity: 11% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.






