Perkara di Tahun 2009
Assalamualaikum,
Sekarang saya tak dapat untuk luangkan banyak masa mencari info-info menarik. Waktu malam, saya tak berkesempatan online.
Tapi, tahun ni saya ada buat beberapa benda yang baru, dalam hidup saya lah. Sebelum ni, jika ikut rutin hidup saya, saya cuma bekerja makan gaji. Kemudian, apabila pulang ke rumah, saya melayan anak-anak.Dalam erti kata lain, urus hal rumahtangga lah. Tapi, saya ingin lakukan beberapa perkara yang memang tak pernah saya fikir untuk dibuat.
Tahun 2009, saya telah cuba sewa hosting dan berblog menggunakan Wordpress. Sebelum ni saya cuma cuba-cuba pakai blogspot dan multiply sahaja. Itupun tidak lah seserius mana. Selain berblog menggunakan Wordpress, saya juga menjenguk blog-blog IM kita. Saya pun tak pernah ambik tahu mengenai IM ni. Perkataan IM pun saya baru kenal. Lepas tu, saya juga membaca apa yang mereka telah buat. Dari tak pernah tahu mengenai bisnes internet, sehinggalah saya tahu mengenainya sedikit demi sedikit. Begitu banyak sebenarnya yang saya tidak tahu sebelum ini dan apabila saya tahu, begitu banyak peluang jika saya terus serius dalam perkara ini. Masa sememangnya begitu terhad buat saya yang siangnya bekerja dan malamnya pula perlu menumpukan perhatian kepada anak-anak yang kian membesar.
Saya juga tidak putus-putus untuk mentelaah mengenai cara-cara untuk mendidik anak dan tidak lupa juga cara untuk menjadi ibu dan isteri yang pandai mengurus masa. Banyak juga saya beli buku. Ada mengenai Agama;kenal diri kita,kenal lebih dalam tentang kisah rasul kita, Mendidik Anak dari perspektif agama, motivasi dan banyak lagi.
Selain perkara-perkara di atas, ada lagi satu yang tak pernah saya fikirkan akan buat iaitu berniaga. Anda nak tahu saya pilih perniagaan apa? Sudah tentu apa yang saya minat. Saya pilih menjual tudung. Sekarang musim tudung ala Ikin, artis kita yang sedang top tu. Begitu banyak fesyen tudung Ikin yang keluar di pasaran. Saya terjumpa pula tudung yang saya selesa pakai. Nak beli untuk diri sendiri rasa terlalu mahal. Macam mana ye? Kebetulan penjual tawarkan harga borong. Apa lagi, saya gunakan modal dari simpanan saya dan teruskan jualan.
Rasa macam tidak percaya. Setelah dua kali saya buat jualan, saya mendapat keuntungan yang memberangsangkan darinya. Walaupun memerlukan sedikit modal, disebabkan permintaannya yang tinggi, saya dapat pulangan modal dalam masa terdekat. Ini baru sahaja buat jualan offline. Jual di tempat kerja sahaja. Jika saya buat secara online, pasti laris. Saya bercadang untuk membuka jualan di internet. Masih dalam progress.
Itulah sedikit kisah saya di tahun 2009 setakat ini. Saya berjaya melakukan perubahan yang positif. Walaupun saya tidaklah mengaut sejumlah wang yang banyak seperti rakan-rakan IM yang lain, namun, saya cuba alternative yang lain untuk menjana duit. Tidak semestinya bergantung kepada internet semata-mata.
Namun begitu, saya akan tetap teruskan perniagaan di internet. Sama ada menjual barang sendiri ataupun mempromosikan barangan orang lain. Bagi saya, buat apa yang kita nampak dan kita mampu terlebih dahulu kerana masa tidak menunggu kita. Belum cuba, belum tahu kan. Saya bukannya ingin berbangga dengan apa yang saya lakukan, cuma sebagai motivasi kepada mereka yang rasa tidak mempunyai kemampuan dalam menjana duit. Yakin akan kemampuan diri dan cuba pelbagai cara. Saya pun masih belajar untuk menjadi lebih kreatif. Masih cetek lagi ilmu saya.
Sekian,
Nozi
Popularity: 1% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Yang penting, akan ade usaha untuk lebih maju dalam hidup akak. Akak, jom JV jual tudung?
Baguslah cam tu, nampak juga perkembangan dan perubahaan sedikit demi sedikit…
Muhd Suhaily´s last blog ..Jika anda terdesak
Mantap la !
Semoga berjaya…
Mantra´s last blog ..Permalink untuk Search Engine Optimization
nice site
thanks alot
Mantra,
Terima Kasih. Hehe..belum mantap lg ni.Baru sedikit perubahan.