Diriku tersepit
Assalamualaikum,
Lama betul rasanya tidak menulis. Maklumlah, keadaan diri sekarang sudah tak seperti dulu lagi. Banyak betul komitmen yang perlu diutamakan. Bukan kata berblogging ni sudah tidak penting, tapi masa betul-betul tidak memihak kepada saya. Maaf dipohon kerana saya tidak begitu konsisten dalam menulis. InsyaAllah, saya akan cuba. Cuba setiap masa.
Mengapa membicarakan tentang diriku tersepit ye? Oh, sebenarnya, ada satu blog kawan maya saya yang mencabar blogger-blogger untuk membuat posting mengenai ‘Blogger Yang Tersepit’, iaitu En Rohaizad kita. Tapi, rasanya entri ni sudah terlalu lewat. Tapi, tak apalah. Tiba-tiba jari ingin menulis di ruangan blog yang suram ini. Apa salahnya kan?
Jenuh mencari gambar yang sesuai, akhirnya kucing ini menjadi mangsa. Hehe. Gambar ni dijumpai dari blog saudara Azrul Hisham. Kredit untuk beliau.

Sebenarnya diriku pernah rasa tersepit dengan keadaan hati dan fikiran. Satu perasaan yang entah di mana tersesat dalam diri dan sememangnya sungguh tidak bagus berfikiran sebegini. Yelah, kadang-kadang bila fikiran sedikit semak, macam-macam fikiran yang datang. Saya pernah rasakan adakah diri ini disukai atau dibenci, ataupun sudah jemu pada pandangan mata orang disekeliling saya. Itu kadang-kadang membuatkan saya terasa tersepit. Tersepit dengan fikiran yang bukan-bukan. Mengapa saya berfikiran begitu? Mungkin dek kerana terlalu inginkan segala yang terbaik. Siapa tak mahu jadi yang terbaik kan? Sudah tentu kita inginkan segalanya yang terbaik untuk kita dan yang paling penting sekali adalah menjadi yang terbaik di hadapan Pencipta Yang Maha Agung.
Pernah juga hati naluri berfirasat. Ah..dia tidak suka akukah. Suka atau tidak caraku ini? Dan persolaan demi persoalan timbul. Tapi, mengapa aku peduli? Ya, aku perlu pedulikannya. Aku perlu ambil tahu. Aku perlu mengkaji di manakah silap dan kekuranganku. Semuanya bermain-main di benak tatkala terasa diri ini diperhatikan sebegitu, pasti ada yang tidak kena. Aku perlu selidiki. Dalam hati runsing dan kacau, diri ini memperbanyakkan mengingati Allah. Dia yang mengetahui luar dan dalam kita. Itu sahaja yang membuatkan diri rasa lebih tenang dan tenteram. Biarlah mereka anggap aku begitu dan begini. Apa yang pasti, aku makhluk Allah yang banyak kekurangannya. Yang sudah tentu tidak dapat memenuhi setiap permintaan dan keinginan.Aku hanya dapat lakukan mana-mana yang terdaya sahaja kerana itu adalah diriku yang sebenarnya.
Apabila hati semakin parah, bisikan kecil akan datang memujuk. Wahai hati yang lembut dan fikiran yang sentiasa diusik, tunduklah pada Allah yang Maha Pengasih. Jangan lagi kau tersepit dan terhimpit. Tiada anugerah yang terbaik melainkan kasihnya Allah padamu. InsyaAllah….suatu hari nanti, dapatlah dirimu bernafas dengan lebih tenang..setenang air di kali…
Hati mula tenang. Diri pasti tidak tersepit lagi. Ruang semakin luas. Tiada lagi istilah tersepit. Itulah aku, blogger yang terlepas dari tersepit-sepit.
Popularity: 4% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









assalamualaikum.
Salam Ramadhan.
Semoga sentiasa ceria dan terjauh dari tersepit dan kesempitan. Banyakkan berdoa dan memohon pada Ilahi.
TQ
RasaHatiku´s last blog ..Ramadhan Ceria
Salam Kak Nozi. Bila baca tajuk posting ni hati saya juga seakan mengalami perasaan yang sama. Tersepit dan terhimpit. Inilah kehidupan. Tersepit akan perlahan-lahan mengajar diri supaya bertambah matang menghadapi kehidupan. Kalau pasal blogging saya juga bulan yang lepas tak dapat menulis banyak kerana komitmen. Tetapi insya Allah impian lebih penting dari segalanya. Himpitan dan tersepit ini hanyalah sementara.
Waalaikumussalam RasaHatiku,
Terima kasih…Salam Ramadhan..
Assalam Along,
Dalam hidup kita ni mmg tk pernah lari dari ujian. Bila kita diuji dgn pelbagai bentuk ujian, itu menandakan yang Allah memberi perhatian dan sayang pada kita. Apa yg penting, kita kena tabah dan pandai mengatasi ujian2 tersebut.
Nozi´s last blog ..Debella produk berasaskan Aloe Vera - Aloe Vera Jelly
Blogger yang tersepit… Kalau saya sering terspit antara sifat rajin dengan sifat mals… sigh
Blogger yang tersepit… Kalau saya sering terspit antara sifat rajin dengan sifat mals… sigh