Powered by Max Banner Ads
Hujan Lebat Tanpa Henti
Assalamualaikum,
Hujan lebat di kawasan Terengganu dan termasuk Kerteh tempat tinggal saya. Ada beberapa rakan kerja yang tidak dapat hadir kerana laluan tersekat. Ada dua rakan dari Besut, Terengganu yang tidak dapat datang kerja hari ini. Untunglah saya tinggal dekat dengan tempat kerja. Kawasan rumah pun bukan kawasan banjir. Dalam bukan kawasan banjir pun, pagi tadi saya lihat air dah melimpah dalam longkang rumah. Harap-harap tu jangan melimpah masuk dalam rumah sudahlah.
Jam 3 pagi tadi, ayah saya telefon. Risau juga kenapa telefon pagi-pagi sangat sebab semalam baru sahaja lepas berborak sebab dia kurang sihat. Tekanan darah tinggi naik sampai 200. Rupa-rupanya rumah ayah naik air sedikit. Tapi tidak tahap berbahaya lagi. Ayah terpaksa tidur di atas sofa di ruang dapur rumahnya. Saya minta dia tinggal di rumah saya aje, tapi katanya tengoklah esok jika banjir sudah nampak teruk barulah dia bertindak. Saya naik risau juga. Maklumlah, orang tua.
Berbalik kisah hari ni. Saya dapat tahu, di kawasan Kemasik juga tidak kurang hebatnya dengan musim Bah sekarang ini. Dalam lebih kurang 30 keluarga dipindahkan. Di daerah Ranggon teruk juga. Itu jalan ke Airport Kerteh. Suami saya cakap, ada beberapa ahli bomba sedang mengangkut orang-orang yang ingin menyeberangi jalan ke Kerteh. Biasanya, jalan tersebut adalah jalan utama Kg Ranggon untuk ke Kerteh dan juga laluan utama bagi mereka yang bekerja di kawasan ini. Kesian pula saya dengar.
Suami saya pula, tidak disangka-sangka meneruskan juga aktiviti berbasikalnya hari ini. Redah juga hujan dan banjir tu. Kawasan yang dilaluinya tadi di jalan Ranggon tu, airnya mencecah paras pinggang.
Tapi hujan memang tak berhenti-henti dah hampir seminggu di sini. Di bahu jalan pun teruk juga air melimpah. Perlu bawa kereta dalam 60-70km/j sahaja. Divider jalan pun dipecahkan di kawasan Paka, kerana air tak dapat masuk ke saliran longkang.
Memang besar juga Bah tahun ni nampaknya. Saya doakan semua selamat di rumah mahupun di jalan raya. Kena lebih berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
Ni saya risau pasal tempat parking kat basement office saya ni. Kata rakan saya, kena tengok-tengok juga takut banjir. Basement pun boleh banjir. Aduhai. Jenuh juga kalau banjir tu.
Saya pula, jadi salah seorang wakil syarikat untuk gerakan banjir.Hehe. Untuk kawasan Kerteh. Kalau ada sesiapa yang tidak dapat hadir ke Pejabat Kerteh, mereka akan telefon la saya. Setakat ni ada dua orang pekerja yang tidak dapat hadir. Maklumat di bawah saya dapat dari AJK yang bermesyuarat pagi tadi:
- Cherating – Sungai Ular = Air melintas jalan
- Ibok = Hanya kenderaan berat sahaja bermula 7.30 pagi (22/11/2009)
- Dungun, depan JPJ Bukit Besi – Kenderaan berat sahaja yang boleh masuk.
- Pengkalan Ranggon – Kertih = Ditutup untuk semua kenderaan.
- Kuala Terengganu – Kuantan = Jalan boleh dilalui
Bagaimana pula keadaan sahabat pembaca di blog saya ni? Anda pula bagaimana? Adakah mengalami masalah banjir juga?
Popularity: 2% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.






erm..sini kl hujan gak…tapi nasib baik tak banjir…simpati jugak apa yang berlaku kat negeri2 sana..
kat kedah ni byk jgk kawasan yang kena banjir. alhamdulillah tmpt naz tak kena
nazra´s last blog ..Dah ada cinema kat Kulim, weh!!!! 
@zikr and @nazra,
Kat sini dah ramai orang kena pindah. Tapi hari ni hujan nampak reda sedikit. tak macam semalam. Harap2 tak teruk la.
Ni kawan opis lak, dia punya rumah atap bocor besar betul sampai air melimpah masuk. Dahlah masa tu dia ke KL.Balik2 macam ni pula jadinya.Habis barang dalam rumah rosak. Elektrik pun separuh tak boleh hidup.
sambil baca post ni, abg nak click add kat tepi tu, amazon… wekekek..
@nash Abg Nash, click jgn tk click. Hehe.
Hari ni cuaca kat Kerteh cerah benderang. Cuaca baik punya hari ni. Tadi ada kawan cakap, bagi mereka yang ingin guna highway LPT-Karak, berhati2 sikit walaupun hujan renyai2 sbb ada 6 accident baru2 ni berlaku serentak even hujan renyai. Tahap keyakinan pemandu tinggi sangat. Speeding skit terus terbabas. Banyak yang kena area selekoh. Kabus pun suka lepak kat area2 tu. So need to be more alert on that la. Jangan speeding2 balik nanti ye. Kita ’speeding’ main bowling kat Mesra Mall nanti..hehe..