iPen dari Popular
Salam kepada pembaca,
Hari ni saya pegi Popular. Saya ada beli something untuk si manja saya yang sulung. Saya rasa dia memerlukannya. iPen, satu tools keluaran dari Popular bookstore yang saya begitu berkenan. iPen ini merupakan satu pen yang mempunyai sensor yang dapat mengenalpasti tulisan dan ia juga dicipta sebagai pencerita la kononnya. Memang menarik bagi saya kerana saya bukannya 24 jam bersama anak saya. Jadi memang berguna sangat. Saya ajar tak sampai 5 minit, anak saya sudah tahu menggunakannya. Buku yang digunakan adalah berjenama ‘Robin’. Jika buku tersebut ada symbol iPen, maka kita boleh gunakan iPen ini untuk membaca setiap perkataan di dalamnya. Saya beli buku ni dalam satu set ada lima buah buku (hard cover), ada disertakan CD untuk disetup kepada iPen melalui cabel yang disediakan.

Inilah rupa iPen serta buku yang dibeli. Bila anak saya tunjuk kepada perkataan di dalam buku ini, ia akan menyebut perkataan tersebut. Tetapi, sekiranya ingin diceritakan satu muka surat, arahkan iPen ke nombor muka surat dan iPen akan bacakan seluruh ayat di muka surat tersebut.
Apa yang menarik lagi? Jika ingin dengar dialog, contohnya ada gambar orang atau binatang pada muka surat tersebut dan tujukan iPen kepada gambar tersebut, keluarlah suara (dialog) watak itu. Seolah-olah ada orang sedang bercerita.
Apa reaksi anak saya? Saya tersangatlah lega kerana reaksi anak saya adalah positif. Selama ni, jika saya yang bacakan langsung dia tak endahkan. Tetapi, iPen ini mengubah minat dia. Saya harap, kaedah terbaru saya untuk menggalakkan anak saya rajin membaca tercapai. Alangkah bagusnya jika iPen ini boleh digunakan untuk buku-buku berbahasa Melayu.
Lupa nak cerita harga dia. Harga iPen ni adalah RM110, tetapi ada diskaun 30%. Buku ni satu set (5 buah buku) RM45. Disebabkan saya member Popular, saya dapat dalam RM115 untuk dapatkan 5 buah buku dan iPen ni. Apa lagi, saya beli lah. Zaman kecik-kecik dulu mana ada kemudahan macam ni kan. Bertuah budak-budak zaman sekarang.
Popularity: 7% [?]
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Wah, best gak alat ni. Canggih. Bertuah anak2 skg dpt kemudahan belajar yg canggih ni.
shahrul´s last blog ..Revealed Teka Teki Nombor Telefon
Haah.Respon dari anak pun bagus setakat ni.Daripada yang tak suka belek buku lama-lama,sekarang dia dah mengadap dah.Saya pun harap,beri kesan la kat anak. Ni sesuai untuk 3 tahun ke atas.
p/s: anak saya yang lagi sorang,2thn pun pandai aje pakai,sbb mudah aje nak guna.hehe
Wah canggih nya. Lepas ni nak belilah, untuk diri sendiri time2 nak tido. Bed time story hehehe
Mantra´s last blog ..Ulangtahun ke-52 bukan 50! Malaysia Merdeka
Hehe.Ok gak tu,beli buat ulik masa tidoq.
wah! Bagus gak tool baru ni utk anak2 kecik belajar. saya pun nak beli juga lah utk anak saya yg umur 2 tahun tu,pasal ape dia minat betul dgn laptop saya ni, risau betul saya. Nk tanya klu kat JB ni ada jual ke?
Beli la. Mmg berbaloi. Saya sendiri pun suka.hehe.Memang interactive. Tk sure pula kat JB.Saya rasa sure setiap POPULAR Book store ada kot.
Canggih betul dunia sekarang.
Fatin Pauzi´s last blog ..Indahnya Kemesraan Suami Isteri 
waaa..beruntung kids dapat stationery canggih2 sekarang ni…semoga menjadikan mereka lebih kreatif dan inovatif
etomyam´s last blog ..Does Indonesia Maid Really Worth RM800.00 A Month?
Wargh..benda ni tak boleh dilihat oleh niece aku nanti mampos merayu nak..hehehhe..
catzer´s last blog ..Tips Menghalau Pembaca Blog
Nozi terima kasih atas perkongsian yang menarik ini. Nanti nak bali untuk anak juga.
Motivasi Kerja´s last blog ..Jangan Simpan Idea Anda
Hi catzer,
Sekarang zaman canggih kan.Zaman kita kecik2 dulu mana ada.Memang seronok budak2 sekarang.Cuma nk manfaatkan atau tak aje.
Hi AlongCAPR,
Sama2. Haah.Belilah untuk anak. Saya pun lebih suka beli sesuatu yang memberi manfaat sambil menghiburkan mereka.
assalamualaikum
isk..untung la budak-budak sekarang, macam-macam boleh dapat, dari ipen, komputer.
saya pada umur 20 tahun nak tekan keyboard komputer pun takut. …takut meletup, jahilnya masa tu
waka´s last blog ..Cara cepat dapat duit untuk pekerja makan gaji ia bukan skim cepat kaya
Waalaikumussalam,
Haah. Betul tu Waka.
salam…
saya berminat sangat tentang i-pen ni.
anak saya sekolah cina, cikgu dia kat kelas pakai i-pen mandarin ni..
merata dah cari nak beli i-pen mandarin tp tak jumpa. kat popular pun takde. u ada apa-ape info tak kat mana nak beli i-pen mandarin?
ada gak tanya cikgu yg gunakan i-pen tu. dia pun tak tahu katanya… cikgu yg beli dulu dah pindah.
Salam,
Tak tahu pula saya ada juga i-pen mandarin. Setakat ni yang ada kat popular di Mesra Mall Kerteh ni je la.Itupun khas untuk buku berjenama ‘Robin’ ni aje. Nanti kalau saya jumpa,saya beritahu anda okeh.
Terima kasih atas kunjungan di sini.
Nozi´s last blog ..Komputer tidak bermaya/slow?
I had a dream to make my commerce, however I didn’t earn enough amount of money to do it. Thank heaven my fellow proposed to take the personal loans. Thence I took the bank loan and made real my dream.
hi..saya ada jumpa i pen yang boleh baca english dan mandarin semalam. awak boleh cari kat http://www.facebook.com/edifive. Tel: 03-79878151 kat alamat Edifive Group Sdn Bhd, 1-27 Jln Kuchai Lama, 58200 KL. Saya juga cari kat popular tapi hanya english saja mereka ada. Tapi semalam kat popular ipen mereka ada masalah dengan sticker mereka. mereka nak buat demo tapi tak dapat kerana sensor sticker mereka ada problem. cakap model ipen baru dan memory lebih banyak. harga pun lebih mahal Rm150 untuk ipen sahaja tanpa member card
assalamualaikum,
sesiapa boleh beri saya url untuk download books data untuk i-pen.