Kod keselamatan untuk pemandu bas ekspres
Assalamualaikum,
Sebelum ni sudah banyak berita mengenai kemalangan jalan raya yang melibatkan bas-bas ekspres. Mungkin kerana terlalu banyak kes yang melibatkan kemalangan jiwa dan kecederaan yang parah.
Saya juga rasa sekarang ni pemandu bas ekspres memang selalu memandu dalam keadaan laju melebihi hadnya. Kadang-kadang terasa kecut perut apabila ada bas yang cuba memotong kenderaan lain. Agaknya pemandu bas ni rasa gah sebab mereka membawa kenderaan besar, itupun saya kurang pasti.
Hari ni saya terbaca berita mengenai kerajaan akan menggunakan kod khas untuk pemandu bas ekspres bagi memantau tempoh perjalanan bas-bas ekspres ke destinasinya. Kerajaan telah mengambil initiatif baru ini dengan menggunakan kod khas bagi bas-bas ekspres untuk mengurangkan kes-kes kemalangan yang begitu banyak disiarkan di media massa.

Sememangnya kita semua akur bahawa, segala yang berlaku itu adalah ketentuan Allah, namun usaha untuk mengelakkan segala kemungkinan itu perlu kita ikhtiarkan. Macam-macam kerajaan telah lakukan untuk memastikan bahawa kita sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat. Itulah salah satu usaha yang diambil oleh kerajaan kita. Namun, sebagai menjaga keselamatan diri sendiri, kita juga perlu sentiasa memastikan bahawa kita sentiasa mengamalkan pemanduan yang berhemah. Saya juga ingatkan diri saya. Kadang-kadang tidak sedar memecut kereta untuk cepat sampai ke destinasi lebih-lebih lagi bawa kereta ke tempat kerja.
Popularity: 3% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.






