Lamanku
Assalamualaikum,
Fuh..lega rasa hari ni saya berpeluang membersihkan laman rumah. Kesian pokok-pokok hiasan saya terbiar aje. Daripada ia mati macam tu,baik saya pulihkan dan suburkannya semula. Dulu masa mula-mula bela pokok ni selalu saje saya uruskan. Cantas ranting-ranting lama, buang rumput-rumput yang menggangu pembesarannya dan macam-macam lagi.
Sebenarnya,jaga laman rumah ni banyak faedahnya. Disamping menyegarkan pandangan mata dengan pokok-pokok yang ditanam, dan menyenangkan hati, ia juga memberi faedah kepada kehidupan lain. Cuba anda teka,apa dia?
Sebelum ni, saya tidak tahu,ada lagi faedah menanam pokok di halaman rumah selain mencantikkan laman sahaja. Rupanya ada juga yang ‘berkongsi’ dengan saya. Sebenarnya, selain manusia, binatang juga mendapat faedah daripada pokok-pokok yang kita tanam.
Suatu hari, sewaktu matahari begitu terik, keadaan semamangnya amat panas ketika itu. Di waktu petang, saya menyiram pokok-pokok saya kerana semuanya layu dibahang mentari.Cewah.Lain macam pula ayat saya kali ini.
Saya ada satu jenis pokok, yang daunnya seperti mangkuk. Saya panggil pokok mangkuk aje. Air siraman saya itu bertakung di atas daun mangkuk tersebut. Tiba-tiba, ada seekor burung singgah dan mandi di dalam daun mangkuk itu. Teruja saya melihatnya. Ia bergolek-golek membasahkan bulu-bulunya. Nikmat sungguh.
Sebenarnya ada juga faedah mempunyai pokok untuk binatang seperti burung berteduh. Sebagai apa yang saya ceritakan tadi, selain mencantikkan halaman rumah, ia juga memberi faedah kepada sang burung. Memang rumah ‘mereka’. Ada juga tempat mereka untuk berteduh. Begitu juga dengan bunga-bunga, dapat juga sang burung menyedut madunya.
Itu sahaja celoteh saya kali ini. Sehingga berjumpa lagi.
Popularity: 2% [?]
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.







Daun mangkuk? macam menarik je..
upload sekali gambar boleh kami tengok hehe…
Mantra´s last blog ..Tips untuk pengguna Maxis Broadband
Itu la. Hari tu tak sempat nak upload. Dua tiga hari ni pula ada je hal nak kena settlekan. Nanti bila tiba masanya saya akan upload ok. TQ.
tengok gambar ingatkan gambar taman yang dah jadik… hehe.. taruk la gambar pokok serai..
nash´s last blog ..Kak Muna Cup Cakes 
Hi Abg Nash,
Macam ku kenal siapakah ini.Hehe.
Nanti akan diupload gambar laman yg dikemaskini.
A’ah, betul kata mantra. Elok gak kalau letak gambar daun mangkuk tu, kak
Fatin Pauzi´s last blog ..Urutan Wajah Lambatkan Penuaan 
Ok2.hehe..ramai yang curious ni. Bagi saya a few hours ok.
Nak tengok daun mangkuk?
sam´s last blog ..Daun Mangkuk
Salam Sam,
Saya dah jenguk laman anda.Mmg best. Saya akan dtg lagi nnti.