Mistik

Assalamualaikum,

Anda percaya pada perkara mistik? Sekarang macam-macam cerita mistik yang dipaparkan di kaca televisyen. Saya biasa juga tonton rancangan ‘Keliwon’ yang banyak memaparkan cerita mengenai makhluk halus yang digunakan oleh masyarakat Melayu kita untuk tujuan tertentu. Kebanyakan cerita yang saya lihat, saya biasa dengar daripada datuk nenek saya ketika zaman mereka dahulu.

Saya rasakan cerita di TV itu hanyalah untuk mengembangkan pengetahuan kita sahaja, tetapi satu kenyataan yang sebenar telah muncul dalam hidup saya di mana ianya berlaku di kalangan keluarga saya.

Ia bermula pada pihak saudara saya di mana ada orang telah mengkhianatinya kerana hasad dengki. Selama ini beliau ingat beliau sakit seperti orang lain, tetapi rupanya ia adalah buatan orang. Setelah mendapat bomoh untuk berubat secara tradisional, didapati sebanyak 7 makhluk halus yang berada di setiap penjuru rumahnya. Kesemua makhluk halus tersebut telah ‘ditangkap’ dan dimasukkan di dalam botol. Ih, macam cerita yang kita lihat di TV kan?

Sudah sekian lama sebenarnya keluarga saudara saya ini terkena buatan orang. Kami juga tahu siapa punya angkara. Rupanya orang yang kami kenal. Betapa busuknya hati orang itu sehinggakan berbuat sedemikian. Tidak tahu akan dosa yang telah dilakukan. Saya amat terkilan dengan sikap segelintir orang kita yang tidak tahu hukum agama, sanggup melakukan perbuatan sedemikian kepada saudara seagama semata-mata untuk melihat saudaranya menderita sehingga meninggal dunia. Nasib menyebelahi kami sekeluarga dan saudara saya semakin sihat. Biar Allah sahaja yang membalas setiap perbuatannya itu.

Moral of the story:

Tidak ada untungnya melakukan pembuatan terkutuk itu kepada seseorang yang kita dengki kerana tidak lama selepas itu kita akan menerima padah dari perbuatan kita. Kalau tidak di dunia, Allah akan membalasnya di akhirat. Orang yang bersalah akan menerima hukuman kerana kita ada hukum dunia dan juga hukum akhirat.

Sekian,

Nozi

 

Popularity: 3% [?]

Share/Save/Bookmark

Personal

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

2 Responses to “Mistik”

Leave Comment

(required)

(required)


CommentLuv Enabled

Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan

Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.

 
viagra 100mg