Powered by Max Banner Ads
Kebaikan pada Air isotonik 100 Plus
Assalamualaikum,

Kali ini, saya ingin bertukar topik sedikit ke arah bab kesihatan. Anda biasa minum air 100 plus? Saya sebelum ni kurang minum air ni. Sebab 100 plus ni adalah salah satu air bergas. Tetapi, sebenarnya air 100 Plus ada kebaikannya yang tersendiri. Air 100 Plus merupakan air isotonik yang mana ia mengandungi natrium, kalium, kalsium, magnesium, klorida, fosfat dan air. 100 Plus pada asalnya dikhaskan untuk mereka yang aktif dari segi fizikal terutamanya di dalam arena sukan. 100 Plus boleh diaplikasikan kerana badan kita yang aktif dan mengeluarkan peluh perlu dineutralkan semula supaya badan kita terhindar daripada dihidrasi iaitu kekeringan air dari badan.
Jika dihidrasi, akibatnya badan kehilangan cecair (kekeringan) dan elektrolit (mineral seperti klorida, kalsium, magnesium, natrium dan kalium). Jika dibiarkan boleh mendorong kepada dihidrasi dan lama-kelamaan menyebabkan kelumpuhan peredaran dan strok haba. Macam doktor pula saya ni. Ini hasil dari bacaan saya sebenarnya.
Anda dinasihatkan merujuk kepada yang lebih pakar terlebih dahulu!
Cuba anda perhatikan jika anda melakukan senaman. Pasti anda berpeluh-peluh. Ataupun anda berada sehari suntuk di tengah panas atau di dalam pejabat yang berhawa dingin. Akibatnya badan anda akan kehilangan cecair dan elektrolit seperti yang saya sebutkan tadi dan pastinya anda akan keletihan.

Namun begitu, air 100 Plus ni manis dan bagi mereka yang ada diabetes adalah disarankan untuk merujuk kepada doktor terlebih dahulu untuk mengelakkan pengambilan gula pada tahap yang tidak dibenarkan.
Saya sebenarnya gemar betul minum air teh ‘0’. Memang saya akui air teh ‘0’ mengandungi kafein, tetapi saya memang tidak boleh elak dari meminumnya kerana sudah menjadi tradisi turun temurun. Sebenarnya lebih baik minum 100 Plus daripada air teh ‘0’. Air teh ‘0’, kopi atau segala air yang mengandungi unsur kafein ini tidak baik untuk kesihatan kerana ia menggalakkan proses dihidrasi. Kafein juga sebenarnya boleh merosakkan buah pinggang sekiranya diambil secara berlebihan.
Jadi, untuk meneutralkan cecair di dalam tubuh kita, eloklah kiranya kita menggunakan air 100 Plus. Ada juga tips bagi mereka yang demam panas atau demam denggi boleh menjadikan 100 Plus sebagai penambahan tenaga dan boleh menurunkan kenaikan suhu badan. Saya pun pernah mengaplikasikan pada anak ketika mereka demam. Doktor pun pernah cadangkan pada saya sebelum ni. Apa-apa pun, pastikan anda merujuk pada doktor terlebih dahulu.
Satu lagi tips, anda boleh cuba air 100 Plus jika ada yang sakit ketika buang air kecil atau rasa tidak puas buang air kecil. Sakit ketika membuang air kecil merupakan salah satu gejala dihidrasi.
Eh, macam promoter pula saya ni. Bukan air 100 Plus sahaja boleh diminum untuk mengembalikan tahap cecair di dalam badan ya. Ada juga jenis cecair yang lain seperti air, jus buah-buahan, sayur-sayuran , susu atau soya yang boleh anda gunakan.
“Info ini adalah sekadar perkongsian peribadi. Anda hendaklah merujuk kepada doktor jika ingin mengaplikasikan minuman 100 Plus untuk penyakit-penyakit yang anda hadapi. Harap maklum.”
![]()
Popularity: 26% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.





