Maybankard Visa Debit Card boleh digunakan untuk berhubung dengan Paypal
Assalamualaikum,
Semalam saya menukar ATM maybank kepada Maybankard Visa Debit Card. Apa tujuan saya ni? Sebenarnya, saya nak verified akaun paypal dan nak withdraw duit melalui paypal. Saya cuba surf internet dan tanya SmartZul (Sifu saya) tentang penggunaan Maybank Visa Debit Card. Kemudian, setelah pasti bahawa Maybank boleh guna untuk paypal ni, saya terus pegi ke Maybank. Sekejap aje prosesnya sebab saya pun dah ada akaun simpanan Maybank. Setelah isi borang tukar kad, beberapa minit kemudian saya telah memegang Maybankard Visa Debit Card. Patutlah orang kata kad ceri.

Rupa-rupanya ada gambar ceri pada kad tersebut. Hehe, lawak betul. Tapi takpe lah, mungkin ada sebab-sebabnya kot. Charge untuk penukaran kad dikenakan hanya sebanyak RM12 dan tiada yuran tahunan kerana ia adalah seperti kad ATM biasa. Cuma kelebihannya, ia boleh digunakan untuk membeli barang di kedai yang ada logo Maybank Visa ni dan juga digunakan untuk urusan jual beli di internet.
Dah selesai satu perkara. Pada malamnya pula, saya access internet guna streamyx kat rumah saya untuk masuk akaun paypal yang sekerat jalan saya buat. Tunggu nak verified dan confirmkan withdraw akaun saya je lagi.
Sekarang saya buntu lagi. Apa langkah seterusnya ni. Sebelum ni, saya baca panduan Paypal dari saudara Smartzul, tetapi ia sudah tidak berapa ngam dengan Maybankard Visa Debit Card kerana ebook tersebut mengaitkan paypal dengan Public Bank debit card. Tapi walau apa pun, ada step yang boleh diguna pakai lagi. Tips2 dari Smartzul pun amat penting di situ.

Saya pun cuba surfing internet lagi untuk ketahui lebih lanjut mengenai Maybank Visa Debit Card ni dengan paypal. Saya jumpa satu blog menarik dari saudara kita Rohaizad. Alhamdulillah, saudara Rohaizad telah membuka jalan untuk saya teruskan urusan ni. Terima kasih ye saudara Rohaizad. Sungguh terperinci step yang beliau bagi. Saya boleh ikut semuanya.
Dan hari ini, saya sambung semula step yang masih tertinggal. Buat sedikit demi sedikit ni sebab tak nak tersilap kerana paypal ni sangat-sangat lah sensitive. Dan akhirnya, saya sudah Berjaya verified akaun paypal dan Maybankard Visa Debit Card sah digunakan untuk urusan jual beli di internet. Alhamdulillah. Saya ada tujuan penting selepas ini. Tunggu update saya seterusnya ye. Doakan kejayaan saya.

Tips penting pengguna Paypal:
1. Berhati-hati mengisi borang paypal kerana jika anda tersilap mungkin anda tidak akan dapat masuk paypal lagi
2. Kawan saya kata, ia lebih sensitive dari maybank2u. Pastikan anda tidak bertukar-tukar network access. Contohnya, jangan sekejap pakai celcom broadband, sekejap pakai streamyx atau maxis broadband. Ini kerana, kesemuanya ada ip address masing-masing. Jika paypal detect, mereka akan block terus akaun anda. Ini kerana mereka khuatiri ada hackers masuk ke akaun anda.
3. Tu je la kot..hehe..saya ni budak baru belajar. Jika ada diantara anda yang tahu apa lagi tips berkaitan post ni, sila-silalah kongsikan sekali ye.
Salam hormat dari saya,
Nozi
Popularity: 3% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Congratz dah de paypal :). Klau x berhati-hati silap langkah leh x diterima nk mohon paypal ni. Huhu. Bagus la dah de paypal, senang nk wat bisnes online nanti
Terima kasih boy…
sye da de card ceri tu..leh ke gune utk paypal??
sye tak paham ag nie…
zny´s last blog ..Love This Song..
zny,
Yup…boleh guna utk paypal…utk verify paypal account…
owh…juz bg no akaun kite ke kak??
zny´s last blog ..Love This Song..
zny,
Tak…dia mintak debit card nyer nombor…selain dari itu,ada juga pilihan utk credit card. Tapi, credit card ni bahaya skit…sbb brapa pun kluar boleh asalkan tak lebih dari limit. Kalau debit card ni kita boleh kawal sikit jumlah duit yg ada kat akaun tu. Maklumlah, berurusan melalui internet ni kena berhati-hati sedikit. Tapi, dgn paypal tkde masalah lagi org kata. Sbb dia lebih secure.
owh…ok…
zny´s last blog ..Love This Song..
Tak…dia mintak debit card nyer nombor…selain dari itu,ada juga pilihan utk credit card. Tapi, credit card ni bahaya skit…sbb brapa pun kluar boleh asalkan tak lebih dari limit. Kalau debit card ni kita boleh kawal sikit jumlah duit yg ada kat akaun tu. Maklumlah