Powered by Max Banner Ads 

Niche

Assalamualaikum,

Anda tahu apa itu niche? Saya pun baru sahaja tahu sejak mencari ilmu mengenai Internet Marketing (IM) ni. Banyak istilah yang baru saya tahu.

Sebenarnya, niche ini merupakan salah satu senjata yang terpenting yang digunakan oleh IM kita untuk mendapatkan keuntungan di dalam perniagaan mereka. Hmm.. apakah rahsianya lagi ye? Saya akan terangkan berpandukan hasil pembacaan saya. Saya terangkan dengan ayat yang mudah dan jika anda ingin tambah apa-apa dipersilakan.

Menurut kamus ‘niche’ ini adalah pasaran tertentu yang sesuai untuk memasarkan sesuatu produk.

Contohnya, kita memilih topik perkahwinan, ia bukan dipanggil ‘niche’ lagi. Ia perlu lebih fokus lagi untuk mendapat satu kumpulan tertentu. Ia akan dipanggil ‘niche’ sekiranya tajuknya lebih fokus seperti:

- kad kawin

- catering

- gubahan hantaran

- andaman

Daripada contoh di atas, ini bermakna untuk meletakkan produk kita di pasaran, perkara yang paling utama adalah dengan menjadikan pasaran kita tetumpu kepada sekelompok kumpulan. Dengan adanya niche sebegini, kita akan mendapat target kumpulan yang sebenar. Sebab itu IM mementingkan pemilihan ‘niche’.

Tetapi, bagaimana pula untuk memilih niche yang tidak ramai persaingan? Saya berpendapat bahawa, jika ingin dapatkan kuasa pasaran, perlu cari sesuatu yang unik. ‘Niche’ yang unik dan banyak permintaan. Terdapat satu cara dimana kita boleh membuat analisis mengenai ‘niche’. Ada beberapa tools percuma yang boleh digunakan untuk memilih ‘niche’ yang ada permintaan seperti berikut:

-  Free Wordtracker keyword research tool

 - Google Trends

Namun, kita pastinya inginkan satu tools yang dapat menunjukkan sudah adakah produk untuk permintaan tersebut. Satu tools yang anda boleh digunakan adalah nicheBOT.com. Dengan hanya $1 untuk 14 hari, anda boleh membuat pencarian. Gunakan betul-betul waktu yang diperuntukkan. Jika ingin tambah, terpaksa bayar lagi. Dengan menggunakan tools ini, anda boleh mendapat jumlah permintaan (carian) dan pembekal kepada ‘niche’ tersebut. Jika banyak permintaan dan pembekal, itu namanya ‘niche’ tadi mempunyai persaingan yang tinggi. Kenapa ingin hasilkan satu ‘niche’ yang mempunyai begitu banyak persaingan. Jadi, cuba cari yang banyak permintaan tetapi masih belum banyak pembekal.

NicheBOT.com ni memang bukan free. Tapi, memang best tools ni. Kalau anda ada tool yang serupa dengannya, share la ye.

Sekian,

Nozi

Popularity: 2% [?]

Share/Save/Bookmark

Niche, SEO, Trafik

Artikel Berkaitan:
  • Wordpress SEO friendly
  • Google PageRank
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Comments

    3 Responses to “Niche”

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.