SEO, On page dan Off page
Assalamualaikum,
Banyak istilah-istilah yang baru saya tahu yang saya rasa amat penting untuk kita tahu sebenarnya.
Pasti bagi yang baru di didalam dunia bisnes internet yang masih belum tahu mengenai on page SEO dan off page SEO. Saya pun selalu tersasul menyebut ‘CEO’ bila tengok ‘SEO’. Nak jadi CEO kot.heheh..
Saya telah menerangkan sedikit mengenai SEO atau nama panjangnya Search Engine Optimization di ruangan post sebelum ini. Teknik SEO ini adalah kaedah yang digunakan untuk mendapat kedudukan tertinggi di enjin pencarian internet. Jika kita ingin ramai pelawat di blog kita, pasti kita ingin mengetahui apa teknik terbaik yang dapat menempatkan kita di posisi tertinggi di dalam hasil pencarian google, yahoo dan sebagainya. Pasti kita inginkan blog kita dikenali dan diketahui ramai.
Teknik SEO yang saya pakai dan ada kesan setakat ini:
1. Tinggalkan komen di blog yang berkaitan dengan blog kita dengan meletakkan URL blog kita di ruangan URL; konsep backlink
2. Aktif di dalam berforum kerana URL kita ada di situ juga
3. Gunakan post title, title description, kata kunci (keywords) dengan berkesan
4. Link exchange – penukaran link
SEO ini pula ada dua bahagian iaitu on page dan off page. Sedikit penerangan mengenainya.
On Page SEO – merupakan teknik mendapatkan trafik yang kita lakukan di blog kita sendiri. Sebagai contoh, kita menggunakan kemudahan yang terdapat di bahagian title, description, keywords dan content untuk mendapatkan hasil di enjin pencarian seperti google, yahoo dan sebagainya. Itu dipanggil teknik On Page.
Off page SEO – ini adalah kaedah pembinaan link dari sumber luar seperti social bookmarking, meletakkan komen di blog lain, penukaran link dan banyak lagi.
Social bookmarking yang saya maksudkan adalah:
Banyak lagi sebenarnya social bookmarking yang biasa digunakan. Nak disenaraikan tu penuh nanti page post ni.
Ini adalah sebahagian info mengenai teknik SEO yang saya ingin kongsikan. Jika anda inginkan lebih info mengenainya, perlu dapatkan topik yang menyentuh lebih dalam lagi kerana saya masih belum pakar dalam hal ini. Sebenarnya, atas daya kreativiti juga. Bagi permulaan, gunakan 2 atau 3 teknik dahulu.
Sekian,
Nozi
4f6qcpdu2x
Popularity: 3% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.







Yup…Thanx nozi..
bagi pengguna WP wajib guna plugin All in One SEO pack…
Mantra´s last blog ..epulmantra: Transfer hosting dah berjaya…Sekarang tinggal restore semuanya…InsyaAllah blog akan kembali pulih dalam masa terdekat
Yup,betul tu Mantra. Wajib kena ada All in One SEO. Plugin ni pun mudah didapati.
Saya ada cuba godek godek SEO ini: http://www.ibusinesspromoter.com oklah juga,boleh download utk trial.
Hmm,nampak macam menarik. Cuba la dulu, then nanti update kat sini the outcome.hehe.
Nozi saya cuba aktifkan plugin SEO all in one di blog baru tp gagal…
keluar macam ni
Parse error: syntax error, unexpected $end in /home/saifuliz/public_html/wp-content/plugins/all-in-one-seo-pack/all_in_one_seo_pack.php on line 1977
Ada idea tak kenapa jd macam ni?
all_in_one_seo_pack.php on line 1977 –> cuba check file .php ni. Kat line 1977 tu dia kata ada $end. Maybe tergantung coding tu.
Macam tk complete je coding. Kalo nk the plugins yang Nozi guna, Nozi boleh send through email. Takut yang Mantra punya tu dah corrupted.
Mlm tadi Nozi tak online sebab line tepon putus.
salam…
saya ada mslh sikit ni….
saya dah wat blogspot…bru lam smggu…tapi bila saya taip kat search engine…xwjud lak…bila copy url letak kat adress bru kuar…dah try kat google help center..tapi still xde pun….pe mslhnya ye?…kwn2 saya kata…bila wat blog..automatik dah msuk dlm list search engine…nape saya x??? emai me ya…t.ksih
Salam,
Saya rasa terlalu awal. Cuba anda baca artikel saya sblm ni di http://www.gedungilmu.com/mengenai-blog/google-sandbox-pernah-dengar/