Powered by Max Banner Ads 

Apa itu Program Affiliate?

Assalamualaikum semua,

Seperti yang dijanjikan, saya akan kongsikan sedikit mengenai apa itu Program Affiliate. Saya sedari, sekarang, sudah ramai yang mencuba nasib di bidang ‘Affiliate Marketing’. Program Affiliate adalah merupakan satu program dimana kita mempromosikan produk orang lain dan kita akan mendapat komisyen sekiranya produk itu dibeli. Komisyen yang saya maksudkan adalah seperti situasi berikut:

Ali menjadi agen Affiliate kepada produk Ahmad melalui laman Affiliate yang Ahmad bina. Ali diberikan URL Affiliate (http://ABC.affiliate.com/ref=ali). Apabila Ali mempromosikan produk Ahmad melalui URL tersebut dan ada pembeli, maka Ali akan mendapat komisyen sebanyak 10% daripada harga asal produk itu.

Harga Produk = RM50.00

Komisyen = 10%

Ali mendapat komisyen sebanyak RM5 bagi setiap pembelian produk tersebut. Sekiranya Ali mempunyai ramai pembeli melaluinya sebagai contoh seramai 100 orang, maka Ali akan mendapat komisyen sebanyak RM500 tanpa mengeluarkan sebarang modal. Ali hanya berusaha untuk mencari pelanggan sahaja, itupun dengan cara mempromosikannya di internet secara online. Begitu mudah, Ali menerima duit sebanyak itu dengan bermodalkan masa dan line internet sahaja.

Itu gambaran secara kasar la. Tetapi, bagi mereka yang ingin menikmati kejayaan yang cepat, perlulah menggunakan teknik-teknik yang betul. Bukan mudah untuk berjaya. Kita kena berusaha. Seperti saya, saya sanggup berusaha mencari rahsia-rahsia kejayaan dari Jutawan-jutawan terkenal kat Malaysia ini untuk mengetahui kaedah aper yang mereka pakai. Kejayaan tu saya belum tahu lagi, tetapi apa yang paling penting, kena usaha dahulu.

Apa yang saya dapat, permulaan yang baik untuk ceburkan diri di dalam Internet Marketing ni adalah mengikuti Program Affiliate kerana, modal yang digunakan tidaklah banyak. Untuk pengetahuan semua, anda boleh dapatkan program-program Affiliate yang Malaysia punya di http://www.wangcyber.com/forum. Forum ni pun bagus untuk kita mencari sebanyak mungkin ilmu bisnes di internet yang dikongsikan dan dibincangkan. 

Saya akan kongsikan lagi ilmu yang saya dapat sedikit demi sedikit.

Ikhlas,

Nozi

Popularity: 8% [?]

Share/Save/Bookmark

Affiliate, Usahawan Internet

Artikel Berkaitan:
  • Panduan Clickbank
  • Program Affiliate - Permulaan saya
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.