Berniaga kecil-kecilan
Assalamualaikum,
Tips ini sebenarnya diajarkan oleh sifu saya Dr Irfan Khairi. Jadi moleklah kiranya saya kongsikan dengan pembaca juga.
Jika kita lihat sekarang, terlalu banyak perniagaan yang sedang “membesar” dengan cepat dan kemudiannya jatuh. Kalau tak rebah pun, “surviving”.
Perkataan “membesar” bukan maksudnya “mengembang”. Perniagaan yang mengembang sebenarnya bagus. Perniagaan yang membesar ni adalah, bila belum mempunyai pelanggan yang ramai, atau belum ada banyak pekerjaan, terus menyewa pejabat besar dan mahal. Belum jadi hebat, terus membeli kereta besar. Belum banyak kerja, terus dapatkan ramai pekerja untuk meramaikan pejabat yang besar tu tadi.
Perkara ini sering terjadi oleh kerana salah anggap bahawa, untuk menjalankan perniagaan yang berjaya, perlu ada kesemuanya besar- pejabat, kereta, pekerja (ramai, bukan besar. kalau pekerja besar, lain cerita). Usahawan beranggap, kalau semuanya kautim, semuanya boleh nampak dek mata, perniagaan pun akan jadi besar dan hebat.
Tidak semestinya!
Pada peringkat awal, apa yang penting, bukanlah pejabat, kereta, pekerja dan sebagainya, tetapi, apa yang penting adalah pastikan terdapatnya pelanggan! Pastikan terdapatnya kerja berbayar untuk dilakukan.
Bila anda mendapatkan semuanya besar-besar, nanti overhead perniagaan pun besar juga. Dan sekiranya tiada aktiviti perniagaan atau kurang aktiviti perniagaan untuk menampung overhead yang besar, maka di situlah banyak perniagaan terperangkap dalam kitaran “surviving”. Maklumlah, overhead sampai RM15,000-RM20,000 sebulan. Maknanya nak cover cost sahaja perlu business >RM20,000.
Itu baru cost tetapi untuk bayar diri sendiri dan promosi perniagaan, bagaimana pula?
Jadi, berhati-hati bila memulakan perniagaan. Jangan terperangkap dengan kitaran ini. Mulakan dengan perniagaan kecil-kecilan. Berkembang sedikit demi sedikit. Tidak salah jika bermula dari kecil. Jaringan gergasi BodyShop, Cadbury, HP semuanya bermula dengan hanya tempat kecil sahaja dengan diri sendiri sebagai usahawan, penjual dan melayan pelanggan.

Popularity: 12% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Nozi betul apa nozi tulis. Ramai kita kejar untuk jadi hebat walapun belum kukuh biznesnya. Sepatutnya kena banyak usaha lagi.
Motivasi Kerja´s last blog ..Motivasi Dari Doa (1)
Haah.Perlu sentiasa bersabar.Tidak boleh gopoh2.
Sokong sangat-sangat. Start small but think big. Mana boleh berjalan dahulu sebelum merangkak. Pelan2 kayuh.
Mohd Zaini´s last blog ..Perhatian: Minta Hubungi Segera
Salam…
Terima kasih Mohd Zaini…
Nozi´s last blog ..Kain pasang - Digital Crepe 
Berniaga paling mudah, meniaga online….modal cuma RM50, dapat web page untuk promosi….sesiapa saja boleh buat, walaupun tak tau buat Web sendiri.
kenalah bermula dengan selangkah dulu..nanti berjaya la tu..
InsyaAllah…
kenalah bermula dengan selangkah dulu..nanti berjaya la tu..