Kepentingan Mendapat Kepercayaan Pengguna

Assalamualaikum,

Kali ini saya ingin kongsikan sedikit tips kepada anda mengenai kita manjalankan bisnes di internet. Saya juga baru dalam bidang ini tetapi apa yang saya tahu daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai,akan saya kongsikan dengan anda semua. InsyaAllah kita akan berjaya sama-sama.

Tips kali ini mengenai kepentingan mendapatkan kepercayaan pengguna kepada kita. Sebagai contoh,jika ada direct selling datang ke rumah anda mempromosikan produk mereka,adakah anda akan terus membeli produk tersebut sedangkan anda tidak kenal mereka.Sudah tentu anda terfikir,”Eh, betul ke dia ni jual produk ni,menjadi ke jika aku pakai?”.Justeru itu, isu kepentingan mewujudkan kepercayaan pelanggan kepada kita amatlah penting kita terapkan supaya mereka lebih yakin untuk berurusan dengan kita.

Kepercayaan yang paling utama yang saya nampak sekarang adalah kita jangan janjikan perkara yang di luar batasan produk kita, atau dengan kata lain, di luar kemampuan produk kita. Contohnya, anda katakan yang produk anda dapat membuat apa-apa yang diluar jangkaan pengguna, tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Ini akan menjadikan melahirnya rasa tidak puas hati di kalangan pengguna produk anda. Dan dari situlah juga akan lahirnya ‘bad perception’ atau persepsi buruk di kalangan pengguna. Apabila persepsi buruk wujud di kalangan pengguna,inilah perkara buruk yang memberi impak yang teruk untuk kegiatan perniagaan kita. Pengguna tidak akan percaya lagi dengan kata-kata kita mengenai produk yang kita jual. Jadi, berhati-hati dalam berkata-kata. Bila sudah terlanjur kata, memang sudah tidak boleh ditarik semula. Terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata buruk padahnya. Eh, berpantun pulak saya. Hehe..

Semoga,cetusan pena saya kali ini membuka mata kita semua supaya menjaga etika perniagaan kita tidak kiralah perniagaan secara ‘online’ataupun ‘offline’. Selamat maju jaya kepada saya dan juga para pembaca. Semoga kita sama-sama mengecapi kejayaan dan juga dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh semua.

Ikhlas dari,

Nozi

Popularity: 2% [?]

Share/Save/Bookmark

Tips, Usahawan Internet

Artikel Berkaitan:
  • Berniaga kecil-kecilan
  • Ada benda baru ke? Kuasa Twitter?
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Comments

    5 Responses to “Kepentingan Mendapat Kepercayaan Pengguna”

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.