Mencari rezeki perlukan kesabaran

Assalamualaikum,

Adakah rezeki itu akan datang dengan sekelip mata? Tak semua orang boleh dapat macam tu kan? Ada di antara kita hari ni berusaha, besok sudah dapat kejayaan. Tapi tidak semua macam tu. Ada juga yang memakan masa.

Di sini saya ingin kongsikan pengalaman kecil saya dalam mencuba bisnes internet. Sebelum ni, saya ada cerita yang saya ada buka kedai online kan? Anda yang pernah baca artikel saya sebelum ni pasti masih ingat. Pada mulanya saya memang banyak luangkan masa menghasilkan satu kedai yang mana di situ juga saya menulis blog berkaitan dengan produk yang saya jual. Saya mulakan pada bulan Januari tahun ini iaitu tahun 2010. Sebelum ini, saya telah membuka dua kedai online iaitu Kedai Debella dan Kedai Jamu. Kedai Debella saya buka sejak Februari 2009 manakal kedai jamu pula saya buka sejak April 2009. Kedai-kedai ini pada mulanya memang tiada pembeli. Tetapi sekarang sudah menampakkan hasil. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Sedikit hasil diperolehi darinya. Berkat kesabaran saya selama ini bertungkus lumus untuk mencuba nasib di alam maya.

business-online

Memang betul, jika kita berusaha pasti menampakkan hasil. Tapi, suka untuk diingatkan bahawa, jangan harapkan hasil yang lumayan pada peringkat awalnya ye. Biasanya, pelanggan yang hadir ke kedai maya kita tidak akan terus membeli. Mereka pasti mencari di tempat lain dan akan membuat perbandingan. Jadi, janganlah terlalu ekstrem untuk terus mendapat jualan yang besar.

Saya pun baru sahaja nampak hasil. Itupun baru sedikit jika nak dibandingkan dengan mereka yang sudah bertahun-tahun membuat jualan di internet.

Apa yang paling penting adalah usaha. Lepas ni, saya nak buat promosi. Buat sedikit pemasaran. Gunakan kemudahan internet sebaik mungkin. Doakan saya berjaya ok.

Jika anda ada pengalaman seperti saya, apa salahnya anda kongsikan di sini sekali. Saya pun nak tahu juga pengalaman anda. ;)

Popularity: 2% [?]

Share/Save/Bookmark

Kedai Online, Motivasi, Personal, Usahawan Internet

Artikel Berkaitan:
  • Emak Berpesan
  • Perjuangan
  • If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

    Comments

    14 Responses to “Mencari rezeki perlukan kesabaran”

    Leave Comment

    (required)

    (required)


    CommentLuv Enabled

    Polisi Komen:

    Sila baca polisi berikut sebelum anda menghantar sebarang komen di artikel ini:

    • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
    • Tidak meletak link URL di dalam komen
    • Gunakan bahasa yang sopan

    Komen yang tidak mematuhi polisi akan dipadam.