Program Affiliate - Permulaan saya
Assalamualaikum,
Hari ini saya membuat keputusan untuk mencuba Program Affiliate yang mana ianya merupakan satu program yang bagus bagi newbie seperti saya. Memandangkan saya menggunakan medium internet sebagai part-time business, Program Affiliate amat sesuai untuk saya. Keputusan ini adalah berdasarkan saranan dari beberapa rakan business internet yang saya hubungi. Di sini saya ingin kongsikan Podcast daripada Dr Irfan Khairi yang menceritakan mengenai Program Affiliate yang mana saya rasa, perlu untuk dikongsikan kepada pembaca semua. Anda juga boleh melawat sendiri di laman Podcast Dr Irfan Khairi di http://www.bfm.my/Affiliate-Program-Irfan-Khairi.html.
Kepada yang masih belum kenal Dr Irfan, beliau adalah seorang Jutawan Internet terkenal yang disegani. Beliau telah banyak mengubah minda anak-anak Malaysia untuk menjadikan medium internet sebagai lubuk menjana kewangan. Banyak buku yang beliau hasilkan seperti ebook Jutawan Mentor (yg terkini) dan juga buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar (saya pun dah beli satu) yang dicetak dan dijual di kedai-kedai buku ternama seperti MPH, Popular dan sebagainya.
Saya amat kagum dengan Beliau kerana usahanya yang jitu dan menjadikan beliau seorang yang begitu terkenal dan berjaya. Saya pun sebenarnya ‘celik’ terhadap bidang ini bermula dari perkenalan secara online dengan beliau.
Doakan semoga permulaan saya untuk turut serta menjana kewangan melalui Program Affiliate tercapai.
p/s: Di bawah adalah link affiliate saya untuk eBook Mentor Jutawan. Cubalah klik pada link tersebut dan baca mengenai buku yg dimaksudkan. Jika anda membeli buku tersebut dari link saya, saya juga akan mendapat komisyen dari belian anda. Link tersebut adalah disediakan oleh Dr Ifran sendiri.
Sekian,
Nozi
Popularity: 2% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.










Terima kasih Nozi perkongsian info yg bermanfaat utk yg baru nak mengenali perniagaan internet. Ya, saya juga celik tentang IM ni bermula daripada buku Dr IK “Rahsia Jutawan Internet Terbongkar”. Salam suksess
Salam,
Pandangan sahaja, memang benar program affiliate ini adalah salah satu teknik untuk menghasilkan pendapatan secara online, biarpun ada banyak lagi cara untuk mendapatkan pendapatan yang penting kena pada caranya dan teknik yang betul. Secara peribadi, saya juga baru bermula dlm perniagaan internet dan saya mengambil risiko berhenti dari bidang pendidikan dan menjalankan perniagaan online hanya dari rumah. Affiliate adalah satu teknik yang tidak memerlukan kos yang banyak saya rasa dan ada juga yang menjalankan program ini tanpa ada laman web sendiri dan selalunya jika sesorg itu ingin mempromosikan produk dari org lain tempat yang sesuai adalah melalui sistem clickbank dimana kita akan tahu siapa sasaran dan apa produk yg mempunyai permintaan yang tinggi. Jika kita mengikuti program affiliate contohnya di malaysia, kita just promote melalui email sudah cukup seperti yang saya lakukan sebelum ini, saya berjaya menjual beberapa produk melalui program affiliate kepada hungry crowd di malaysia amnya.
Saya pun masih banyak kekurangan dlm perniagaan online ini sebab baru beberapa bulan start tetapi dari apa yang saya baca dan buat, asas berniaga mungkin kita boleh pilih samada:
1. Advert
2. Affiliate
3. Produk - Cipta produk sendiri atau beli produk yg ada hak jualan semula.(PLR)
Bagi saya, jika tiada asas lebih baik start dgn affiliate dahulu macam saya…Apa apa pun TQ dgn info dan harap success selalu dlm perniagaan online.
Nice tips. Nak tahu advert tu ape ek? PPC tu ke? maaf konfius…
Salam,terima kasih kerana memberi pendapat yang begitu bernas. Selamat Maju Jaya!
Salam ukhwah. Menyertai affiliate ni banyak cabaran yang perlu dilalui. Cabaran utama adalah pemasaran. Tanpa pemasaran yang berkesan maka akan sia-sia saja masuk affiliate ni. Promosi berterusan di tempat yang sesuai akan menjamin kejayaan sesuatu program affiliate yang kita sertai. Boleh juga buat tawaran kepada pembeli kalau mereka beli lalu link kita… tawaran ni blh dibuat di blog atau forum-forum yang kita sertai.
Salam Ukhwah Hairulamran,
Betul tu, perlu ada kaedah pemasaran yang bagus.Kalau tak,takkan menjadi. Setiap benda memang perlu ada usaha. Ia takkan datang bergolek.
Nozi´s last blog ..Debella produk berasaskan Aloe Vera - Aloe Vera Jelly 