Rindu kamu
Assalamualaikum,
Begitu lama saya tak update blog ni. Rindu pula rasanya. Hehe.. Maaf kerana saya juga perasan, ada beberapa rakan yang menyinggah ke sini tetapi masih dengan entri yang lama. Buat masa ini, saya betul-betul fokus dengan kedaionline saya. Alhamdulillah, minggu ini jualan di kedai saya semakin laris. Tidak kiralah dalam online ataupun offline. Kedua-duanya memberi saya rangsangan yang begitu hebat untuk meneruskan bidang perniagaan sampingan ini.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana sehingga ke hari ini, saya masih lagi berpegang kepada prinsip untuk meneruskan perniagaan secara online. Memang terasa sedikit penat kerana siang malam saya bekerja. Namun begitu, saya masih juga mempunyai waktu untuk anak-anak. Itu yang paling penting.
Di samping menjalankan perniagaan secara maya, saya juga bersyukur kerana anak sulong saya sudah ada peningkatan kemahiran membaca. Sebelum ini, anak saya hanya tahu melakukan kerja sekolah yang diberikan, tetapi dia hanya tidak pandai membaca. Sekarang, saya tidaklah begitu rungsing apabila terkenang anak yang sudah pun berumur 6 tahun, tetapi masih tidak tahu membaca. Yelah, zaman sekarang terlalu ramai orang pandai dan saya juga tidak mahu anak saya ketinggalan.
Berbalik semula pada kisah perniagaan secara online. Saya rasa saya tidaklah terlalu aktif di dalam membuat promosi ataupun di dalam pengiklanan produk. Masa begitu singkat untuk saya lakukan semua itu. Apa yang sempat dilakukan hanyalah blog walking iaitu menziarah blog orang lain yang dirasakan berpotensi untuk mendapat pelanggan. Dari segi membuat iklan pula, lebih kurang 4,5 tempat juga saya membuat iklan, apa lagi, iklan percuma la
. Itupun saya rasakan belum cukup lagi untuk mendapat pelanggan. Namun, fikiran perlu sentiasa positif, mempunyai kesabaran yang tinggi dan juga istiqamah dalam melakukan sebarang kerja. Dalam diri juga perlu yakin dengan rezeki yang Allah berikan. Mungkin hari ini masih belum ada tuahnya, dan mungkin esok akan membuahkan satu hasil yang dinanti-nantikan. Begitulah motivasi yang sentiasa bermain di fikiran.
Hmm, hujung minggu ni saya bercuti panjang. Esok public holiday (Hari Wesak) dan cuti diberikan kepada syarikat saya pada hari ahad. Sepatutnya hari Ahad saya bekerja kerana biasanya, di Terengganu hari bekerja adalah dari Ahad-Khamis. Hujung minggu ni saya tidak ke mana-mana kerana bulan Jun nanti saya ada perancangan untuk bercuti. Tak sabar pula rasanya.
Niat di hati ingin berkongsi sesuatu dengan anda hujung minggu ni. Jadi, harapnya saya ada peluang untuk tunaikan niat saya tu.
Hari dah larut malam dan mata pun sudah terlalu penat untuk menatap laptop ni. Selamat Malam..
p/s: Apa yang kuharapkan, hadirnya sinar di esok hari..

Popularity: 3% [?]
Artikel Berkaitan:
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









alhamdulillah…tahniah…bila la agaknya i nak berjy mcm u… (start pun belum lagi…asyik berangan,nak biz apa pun x confirm2 lg)
mumme yul´s last blog ..It’s an order….Robot
Terima kasih mumme yul….jika sudah ada angan2,mulakan terus. Jangan ditangguhkan lagi. Tapi perlu diingatkan, untuk bermula, jangan terlalu drastik. Cuba dengan sedikit dan lihatlah hasilnya. Kadang-kadang ada segelintir dari kita yang cuba dengan modal yang tinggi dan akhirnya kecundang.
Salam,
wah akak skang tengah masyuk la ek
Alhamdulillah….dimana ada usaha di situ ada kejayaan…
Salam Mantra,
Baru permulaan ni. Apa yang penting, segala perkongsian akak ni adalah sebagai pencetus semangat buat semua.
Alhamdulillah..rezeki datang tanpa diduga..hasil dtg daru usaha, perniagaan berpanjangan dari kesabaran. Niat yg ikhlas pokok anggur di padang pasir tetap berbuah.
Muhd Suhaily´s last blog ..Maxis & Paypal
setiap usaha pasti ada balasan faedahnya…dah ada, cuma masa je yang belum sampai tu
etomyam´s last blog ..Otak-otak: Peluang Perniagaan Yang Menarik 
nozi kerja kat terengganu? kat mana? saya orang terengganu..
Amir´s last blog ..MillatFacebook: Facebook Islam Untuk Semua 
Patut la lama tak update.
@amir,
Nozi keje kat area minyak tanah…hehe…minyak petronas…area kerteh…dekat dengan Mesra Mall.. landmark baru…
@imran,
Iye….tp tkpe…saya akan cuba konsistenkan update kat blog ni.
p/s: next week,akan ke KL..hantar bibik..dari jumaat sampai le ke isnin…
oic…. saya org kemaman…. dekat jela dgn kerteh tu..
Amir´s last blog ..MillatFacebook: Facebook Islam Untuk Semua
Oh..yeke…dekat sgt la kalo gitu.. hehe….
Rihanna4. Beyonce3. Madonna2. Kesha1. Lady GaGaGabrielle Giffords’
cheap belts Giffords’ Suspected Shooter IdentifiedJared Lee Loughner Arrested
hermes looping bracelet Arrested After Six Killed in Attack on wholesale designer replica jewelry on Congresswoman, Police Call Him ‘Unstable’By RICHARD
gucci belts for men on sale RICHARD ESPOSITO and LEE FERRANJan. 8, 2011