Minggu ke 31 kandunganku
Assalamualaikum,
Hari ni sudah 31 minggu usia kandunganku…hmm…makin sarat terasa. Tapi kugagahkan jua jiwa raga untuk terus bersabar dalam menghadapi detik-detik perjuangan melahirkannya nanti. Sekarang ni dia memang begitu aktif. Asik menendang ke sana ke mari. Waktu malam pun menendang di kala aku sedang syok tidur dibuai mimpi. hehe…Biarlah dia nak aktif. Lebih baik aktif daripada diam di dalam tu.

Ruang kandungan memang agak padat ketika ini. Solat pun kadang-kadang ada waktunya tu terpaksa solat secara duduk. Pabila berdiri tu terasa perut seolah-olah nak jatuh aje. Itulah betapa besarnya kan dugaan ibu mengandung ni. Dengan anak-anak yang sedang membesar lagi dua orang tu..dengan kelincahan dan kenakalan mereka berdua yang sering bermain bersama dan buat degil pun sama-sama..berpakat usik mama dia. Aduhai…aku bersabar sahaja dengan kerenah mereka ni…ada kalanya kedegilan yang melebihi tahap yang sepatutnya membuatkan aku sedikit baran ketika itu. Akan tetapi..dua puteriku itu ada juga membuatkan aku ketawa…biasalah kehidupan bersama anak-anak ni. Pasti ada manis dan pahit. Tapi aku gembira dan bahagia.

Hari tu, bila scan doktor cakap perempuan juga bayi yang bakal dilahirkan nanti. Tapi, kenapa ntah, terdetik lagi ada kemungkinan bayi lelaki yang keluar nanti. Hehe…mengharap lagi tu.
Aku redha saje jika bayi perempuan juga kali ni. Ada la tu hikmahnya. Kita hanya merancang kan..segalanya Allah yang tentukan. Yang penting selalu kena ingat, Allah buat semuanya yang terbaik untuk kita. Sentiasa berfikiran positif. Ye dak?
Sekarang ni aku sedang fikir-fikir, nak beri nama apa pada anak yang bakal dilahirkan nanti. Ingatnya nak bagi nama yang simple dan senang dipanggil serta cantik maknanya. Nak kasi nama anak ni memang kena betul-betul teliti maksudnya kerana nanti bila kita mati, Allah akan soalkan kita tentang itu. Ibu bapa memberi nama yang baik pada anak-anak adalah tanggungjawab yang besar.
Barang-barang persiapan telahpun dibuat. Baru-baru ni baju-baju yang lama kubasuh dan kulipat kemas di tempat khas untuk bayi ni. Hmm..seronok betul lihat baju-baju kecil molek yang dipakai kedua-dua puteriku ketika mereka baru lahir dulu. Masih elok lagi kainnya. Memang ku simpan khas di dalam container besar. Tapi, semuanya perlu dibasuh semula. Almaklumlah, dah 4 tahun ni tak ada orang baru. hehe…
Doakanku lebih tabah dalam meniti detik-detik indah nanti. Ku harap, semuanya selamat dan tak sabar rasanya untuk menjaga amanah Allah ini seperti anak-anakku kini..

Popularity: 5% [?]
Hari ini, usianya bertambah
Assalamualaikum,
Hari ni dah hampir 7 bulan kandunganku. Hmm, begitu pantas kan masa berlalu. Dah nak masuk 7 bulan. Perut pun terasa penuh sangat. Nozi kalau pregnant memang perut besar. Doktor kata, memang jenis perut besar. Tapi berat badan takde la naik sangat. Rasa semput tu tentu sekali. Tapi tak apalah, demi anak yang bakal dilahirkan ni, kenalah kuatkan semangat kan? Nak layan puteri yang 2 orang tu lagi. Tapi, hidup ni memang indah dan bermakna. Ada suka dan duka. Itu yang best.

Badan memang rasa penat sebab hari-hari ada sahaja tugas yang perlu diselesaikan. Tugas di tempat kerja semakin bertambah, tugas dirumah macam biasa la. Tapi syukur, semuanya Nozi boleh buat dengan baik tapi kesempurnaan tugas di rumah tu tidak la sesempurna masa tak pregnant. Alhamdulillah, suami pun suka membantu keje-keje rumah. Ringan juga kan? Tolong mana-mana yang dia boleh itu pun memang dirasakan satu pertolongan yang besar dan bermakna dah buat Nozi.
Ada beberapa tips bagi mereka yang sedang mengandung:
Beberapa kesan daripada sikap ibu bapa ketika ibu mengandung terhadap bayi setelah lahir nanti.
Negatif
1. Ibu bapa sering bergaduh - anak menjadi ganas dan panas baran
2. Ibu mengidam benda pelik - petanda tidak baik terhadap sikap anak
3. Ibu bermain kayu tiga - anak menjadi penderhaka dan gemar maksiat
Positif
1. Ibu sering bersedekah - hati anak lembut
2. Ibu tidak meninggalkan solat - anak mudah mendapat hidayah
3. Ibu sering membaca Al-Quran - dapat anak yang bijak
4. Ibu mengawal emosi - anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan
Sumber: Amalan Ibu Mengandung menurut Al-Quran, As-Sunnah dan Pengalaman; Siti Nor Bahyah Mohamood, Haji Muhammad Zakaria, Jaafar Salleh.
Itulah beberapa tips yang saya rasa berguna untuk ibu-ibu yang mengandung. Saya pun amalkannya dan kadang-kadang memang ada juga baran tu yang saya rasa kena baiki lagi. Improve and keep improving. Itu kena selalu ada la.. hehe.
Popularity: 5% [?]
Carilah sesuatu yang berfaedah dan berkembang
Assalamualaikum,
Saban hari kita pasti akan rasa jemu kiranya kita buat benda yang sama. Itu adalah pendapat dari saya sendiri kerana itu yang saya rasa. Kadangkala rasa juga nak buat sesuatu yang berkembang dan lebih berfaedah buat diri dan keluarga. Macam-macam sebenarnya perubahan yang boleh dibuat. Sekarang saya fikir, saya ingin mencuba satu lagi bisnes yang saya nampak ada potensi. Dulu saya pernah buat bisnes jual produk kesihatan, kemudian jual tudung, kain pasang, kerongsang dan macam-macam barang yang berkaitan. Semuanya ok dan memang betul, medium internet ni berkesan kiranya kita gunakan betul-betul.
Bisnes seterusnya berkaitan juga dengan saya dan saya tidak boleh lagi berkongsi banyak kerana baru di langkah awal. Cuma apa yang saya ingin katakan di sini, bisnes ni membuatkan saya lebih tercabar dan teruja untuk mencubanya dan semangat tu lain macam sikit. Hehe…InsyaAllah, jika saya rasa bermanfaat buat anda yang selalu mengikuti saya, saya akan kongsikan di blog ni dan mungkin anda juga berminat. ;).
Satu je perkara yang saya ingin kongsikan dari apa yang saya dapat setakat ni. Setiap kali kita buat sesuatu perkara, sebelum memulakan langkah, kita perlu fikir betul-betul dan cari maklumat sebaik mungkin. Lagi-lagi jika menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Supaya kita tidak menyesal dan kita puas hati dengan apa yang kita buat. Memang kita tak boleh buat keputusan yang tergesa-gesa. Itu satu pengajaran yang saya dapat. Ni baru permulaan pada perniagaan yang baru. Itu yang saya fikirkan dan saya rasa semua orang pun akan buat perkara yang sama. Cuma sekarang ni, harapan dan doa saya semoga apa yang saya pilih ni adalah betul dan saya tidak akan toleh ke belakang. Saya akan cuba capai sampai dapat.
Harap semua di luar sana doakan saya untuk perolehi apa yang dihajati disamping memberi kebaikan juga kepada orang lain. Jumpa di lain artikel. Jom kita lakukan yang terbaik buat diri kita.

Popularity: 4% [?]
Nak cantik dengan Premium Beautiful tak?
Assalamualaikum,
Ini adalah topik yang tak pernah saya ketengahkan. Mungkin saya lebih suka cara bersantai berkongsi tentang tips-tips dan ilmu-ilmu lain sahaja.
Saya nak tanya pembaca, tak kiralah sama ada perempuan ataupun lelaki. Anda nak tak kelihatan cantik? Bagi wanita pastinya ‘Ya’ jawapannya kan? Bagi lelaki pula. Ishk, cantik..tak sesuai pula untuk lelaki nak kata nak cantik. Nak jadi hensem la kan? Tapi bagi yang sudah pun berkahwin dan bertunang ataupun ada kekasih, pasti ingin lihat si isteri ataupun tunangnya ataupun kekasih hatinya itu kelihatan cantik dan anggun kan..kan?
Saya sendiri pun ingin kelihatan cantik di mata suami. Kata orang, bukan sekadar cantik rupa tetapi cantik juga budi bahasa. Ok, sekarang ni saya bukannya nak katakan penting sangat cantik luaran ni. Tapi sebenarnya saya ingin ceritakan tentang kelebihan yang ada pada satu produk keluaran Hai-O Marketing ni iaitu Premium Beautiful, satu korset yang begitu berkualiti dan dijamin 100% berkesan kepada mereka yang inginkan kurus, cantik luaran dan dalaman juga.
Sedikit info mengenai Premium Beautiful. Ia merupakan pakaian dalam yang mempunyai pembentukan kontur badan yang ber FIR (Far Infrared Rays) yang direkacipta khas hasil gabungan dari pakar-pakar teknologi Jerman, Jepun dan USA. Ia diperbuat dari fabrik Akwatek dan Akwadyne yang sebati dengan air. Ia juga ditenun dengan Cahaya Infra Merah Jarak Jauh terbukti dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalaman wanita seperti senggugut, keputihan, masalah pada rahim dan banyak lagi.
Ada beberapa kelebihan lagi yang saya ingin kongsikan di sini.
3 FUNGSI UTAMA PREMIUM BEAUTIFUL
1) Membersihkan daripada toksik dan menukarkan darah berasid kepada darah beralkali lemak
-pemejalan dan kekenyalan kulit
-menghilangkan beberapa jenis penyakit kulit dan alergi
-pemejalan salur nadi
-pemuliharaan penyakit darah tinggi
-memelihara dari mendpt strok
-memelihara dari mendapat penyakit jantung
-mencegah kanser/barah
-merawat bronchitis
-merawat lelah
-menghilangkan sembelit, sakit bahu, pinggang,lutut,kaki dan kesukaran utk tidur lena
-menghilangkan perasaan mudah tersinggung,radang usus dan perut
-merawat hepatitis
2) Merangsang sel-sel yang lemah dan tidak aktif untuk meningkatkan karat metabolisma
Memulihkan:
-sakit pundi kencing
-radang usus dan perut
-hepatitis
-kencing mlm
-kencing manis
-buah pinggang
-cahaya muka
-penyakit rahim
-buasir
-keletihan dan lesu
3) Memperbaiki dan memulihkan ketidakseimbangan sistem saraf autonomi serta menstabilkan fungus organ organ dalam badan.
Memulihkan:
-kesukaran tidur lena
-lekas marah
-bahu yang kaku
-pening
-telinga berdengung
-mata sakit
-sakit saraf dikepala atau muka(migrain)
-kehilangan tenaga badan
-radang usus dan perut
-kulit kering
Itulah kelebihan-kelebihan yang ada pada produk ni. Memandangkan saya masih sedang mengandung, saya pasang niat nak pakai juga nanti ketika dalam waktu pantang. Harganya mahal juga, tapi berbaloi kalau beli. Lepas ni, saya akan kongsikan lagi mengenai produk ni. Tunggu ye.
Sila ke link ini untuk ketahui pelbagai info tentangnya.
Popularity: 5% [?]
Bosankah anda?
Assalamualaikum,
Pernahkah anda tertanya-tanya dalam diri, anda sudah puaskah dengan apa yang anda dapat selama ni? Apa yang saya maksudkan adalah, kepuasan di segala aspek iaitu kawangan, kehidupan dan sebagainya. Semua orang ada impian yang tersendiri. Ada yang ingin mengumpul harta sebelum ajal menjemput, ada juga yang ingin mencari ilmu biar berbukit-bukit dan menjadi gunung, ada juga yang ingin mencari keseronokan hidup (yang ni saya rasa subjektif sedikit). Tapi, apa yang saya ingin tekankan di sini, tidak kiralah apa sahaja impian yang anda letakkan, anda perlu berusaha untuk meraih impian itu.
Tapi, ada juga yang terasa bosan dengan kehidupan yang dia ada sekarang. Dia rasa bosan? Kenapa ye? Adakah impian sebenarnya tidak tercapai? Apa yang dia lakukan untuk melayani kebosanan itu? Pasti ada. Buat perkara yang di luar jangkaan? Oh, jangan sesekali. Anda perlu fikirkan apakah natijah ataupun akibat sekiranya anda buat apa yang tidak dijangkakan. Setiap perbuatan yang ingin dimulakan perlulah ada perancangan dan semuanya memberi kebaikan kepada diri anda dan bukan sebaliknya.
Jangan layani kebosanan anda itu dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Cuba anda renungkan kembali impian anda sebelum ini. Jangan sesekali anda berputus asa sekiranya impian itu masih tidak dicapai. Bukan senang nak jadi senang dan bukan juga susah nak jadi susah. Jadi, betulkan ‘mindset’ anda kembali dan buat perancangan yang betul. Jika kebaikan yang anda inginkan, ambillah pilihan yang terbaik buat anda. Jika anda rasa begitu sukar dan sentiasa berhadapan dengan masalah untuk mencapai impian anda itu, cuba anda lihat di beberapa sudut, di manakah kekurangannya dan betulkan mana-mana yang perlu. Tidak susah sebenarnya jika ‘mindset’ kita sentiasa positif dan insyaAllah, anda pasti akan mencapai apa yang anda inginkan. Niat biar betul dan pasti anda akan dapat apa yang anda inginkan.

“Oh, saya dah buat semuanya macam sudah ‘perfect’, saya tak buat salah apa-apa pun, tapi kenapa saya tak dapat capai juga impian saya? Apa silap saya?”
Mungkin ini salah satu kata-kata anda di luar sana. Fikirkanlah, setiap sesuatu yang kita inginkan tidak semuanya kita dapat. Ya, itu adalah salah satu prinsip hidup yang perlu juga anda tanamkan dalam diri untuk mengelakkan anda terasa ‘frust’ menonggeng bak kata orang putih, hehe..Itu adalah kata-kata penawar untuk mengelakkan anda rasa BOSAN dalam hidup. Adakah anda suka digelar ‘LOOSER’? Oh, kalau saya, saya paling tak suka. Walaupun hakikatnya kita mungkin gagal dalam mencapai sesetengah impian kita, kita dikatakan kalah, tapi sebenarnya kita ‘menang’ kerana kita berusaha sebelum itu. Jadi, apa yang anda ingin sedihkan. Tidak ada apa yang anda perlu sedih dan hampa. Anda masih ada masa. Anda boleh mencubanya lagi.
Jadi, mulai dari saat ini, jangan sesekali terasa bosan dalam hidup. Hidup ini begitu indah jika anda pilih yang terbaik buat anda. Jangan lakukan sesuatu yang dilarang oleh agama kita, pasti suatu ketika anda akan kecundang. Jadi, pilihlah jalan yang betul. Jika anda terasa buntu, jangan lakukannya seorang diri, mintalah pertolongan Allah (semestinya dengan Doa) dan juga sesiapa yang anda percayai.
Salam sukses buat semua.

Nozi.
Popularity: 4% [?]
Salam Ceria!
Assalamualaikum,
Begitu lama saya menyepi. Pasti anda tertanya-tanya. Dalam menyepi, begitu banyak perkara yang saya alami dan nak diceritakan satu-satu memang takkan cukup sehari. Apa khabar rakan-rakan setia di gedungilmu.com? Saya selalu ingat anda semua, tapi memandangkan kehidupan kini semakin sibuk, tugas sebagai ibu semakin mencabar, saya terpaksa bekukan penulisan dan perkongsian saya di blog ini.
Baru-baru ini, alhadulillah, selesai sudah tanggungjawab saya melaksanakan impian adik bongsu tersayang melayari bahtera perkahwinan yang saya buat julung-julung kalinya di kediaman saya. Alhamdulillah, berkat dari Allah semuanya berjalan dengan begitu baik dan syukurlah adik kesayangan sudah menjadi bidadari kepada seorang lelaki yang bergelar suaminya kini. Semoga adik bahagia hingga ke syurga, amin.

Satu lagi perkongsian manis yang saya ingin kongsikan. InsyaAllah akhir bulan 7 nanti, saya dan suami akan mendapat cahaya mata baru. Kehadiran insan baru anugerah Ilahi. Sekarang sudah genap 22 minggu usia bayi dalam kandungan saya dan terasa dia begitu aktif di dalamnya. Apa yang dibuatnya ye? Bak kata Nurin Damia, anak kedua saya, baby sedang tengok tv. hehe. Macam-macam imaginasi dia setelah tahu dia bakal menerima adik tidak lama lagi. Saban hari dia tertanya-tanya bilakah agaknya adik akan keluar. Sungguh manis si comel saya ni. Memang teringin sangat dia nak main dengan adiknya.
Setakat ni, alhamdulillah saya sihat dan kurang alahan. Cuma alergi kulit sahaja yang begitu merunsingkan. Tapi kesabaran dan disiplin pemakanan memang perlu ada dan perlu dijaga. Banyak benda saya tak boleh makan. Jika daging, sea food memang alah yang berganda-ganda. Saya terpaksa akur dan bersabar dengan ujian ni. Lagipun, alahan seperti ini tidaklah seteruk alahan muntah-muntah sehingga masuk hospital. Setakat ni, saya cuba kawal pemakanan dan elak benda-benda yang saya tak boleh makan.
Rasanya itu sahaja perkongsian saya hari ni. Mungkin esok lusa ada lagi perkongsian lebih menarik yang saya akan kongsikan. Semoga anda semua ceria-ceria selalu dan jangan lupa untuk tinggalkan apa-apa komen yang menarik dan membina.
Popularity: 4% [?]
Salam Zulhijjah dan Ibadah Korban
Assalamualaikum,
Lama betul saya tak update blog ni. Lepas raya puasa, banyak betul dugaan yang saya terima. Dua kali saya terkena demam. Nasib baik kali kedua, anak-anak tidak terkena sekali. Bukan nak kata, sekarang memang musim demam. Mungkin kerana cuaca yang tidak menentu, sekejap panas, sekejap hujan yang membuatkan badan kita susah untuk menerima perubahan itu. Seperti biasa, jika saya alami demam apa yang saya biasa amalkan adalah minum air kosong banyak-banyak lebih kurang 2 liter sehari untuk memelihara sistem dalam tubuh. Alhamdulillah, badan saya boleh mengatasi demam dengan baik. Tidaklah melarat dan badan juga boleh bertahan.
Hmm..Pejam celik, pejam celik kita sudahpun di bulan Zulhijjah. Sekejap saja masa berlalu dan kita sudah pun dekat untuk menyambut Raya Haji pula iaitu umat Islam disunatkan menjalani ibadah korban selain menunaikan ibadah haji yang diwajibkan ke atas mereka yang mampu. Anda tahu kenapa kita disunatkan menjalani ibadah korban? Ibadah korban ini sebenarnya adalah untuk menggalakkan kita memperingati kisah Nabi Ibrahim a.s yang taat setia pada perintah Allah yang sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s. Namun begitu, berkat kesabaran dan ketaatan Nabi Ibrahim dan anaknya ini, Allah telah memerintahkannya untuk menggantikan anaknya dengan seekor binatang setelah Nabi Ibrahim telah bersedia untuk menyembelih anaknya itu.

Sekadar hiasan
Kredit kepada alidros
Firman Allah,
Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian.Surah al-Soffaat: 101-108.
Sejak dari peristiwa itulah, kita disunatkan untuk menjalani ibadah korban dengan menyembelih binatang-binatang seperti lembu, kambing, unta dan biri-biri mengikut syarat-syarat wajib yang ditetapkan. Daging-daging yang disembelih itu nanti perlu diagih-agihkan kepada golongan yang memerlukan seperti fakir miskin, anak-anak yatim dan golongan-golongan yang kurang bernasib baik.
Kepada siapa ibadah korban diwajibkan? Menurut Mazhab Syafie, ibadah korban disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.
Ada beberapa hikmah dari ibadah korban antaranya ialah:
- Menanamkan sifat kasih sayang antara umat Islam samada yang kaya ataupun miskin
- Melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah atas nikmat-Nya yang melimpah-ruah
- Melahirkan sifat yang ikhlas di kalangan umat Islam kerana mengorbankan/membelanjakan wang untuk ibadah tersebut
- Menunjukkan bukti ketakwaan kita kepada Allah s.w.t
- Ibadah korban adalah satu ibadah yang mulia yang dijanjikan Allah syurga buat mereka yang betul-betul ikhlas dalam mengejakannya.
Itulah beberapa hikmah dari mengerjakan ibadah korban yang dapat dikongsikan. Segala ibadah yang Allah perintahkan kepada kita semuanya mempunyai hikmah yang tersendiri. Semakin kita hayati apa yang dimaksudkan, semakin tinggilah kasih kita kepada Allah yang Maha Penyayang.
Jadikan artikel ini sebagai renungan dan kebaikan untuk kita meningkatkan keimanan kepada Allah. InsyaAllah hidup kita akan dipenuhi barakah.
Popularity: 8% [?]
Tiket konsert Maher Zain habis!
Assalamualaikum,
Berita hari ini membuatkan saya begitu bangga. Maher Zain yang sebelum ni saya pernah bagi ulasan mengenai albumnya sudah terkenal di serata dunia. Namanya menjunam naik sebagai penggiat seni dan popularitinya memang membanggakan. Syabas diucapkan kepada Maher Zain kerana berjaya membawa elemen-elemen Islam di dalam album sulungnya dan berjaya memikat peminat seni muzik di seluruh negara.

Link asal: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1010&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_19.htm
BERSANDARKAN album pertama, Thank You Allah dilancarkan pada 1 November lalu, nama Maher Zain tiba-tiba mencetus satu fenomena dalam industri muzik di seluruh dunia.
Album penyanyi berusia 28 tahun itu mencatat kedudukan nombor satu dalam Carta Amazon‘s World Music dan nombor sembilan dalam Carta R&B.
Manakala muzik videonya ditonton hampir sejuta pengunjung di laman youtube, selain konsert Maher turut mendapat sambutan hebat di Algeria, Australia, Belgium, Kanada, Mesir, England, Perancis, Belanda, Sweden dan Amerika Syarikat.
Di Malaysia, nama Maher tidak terlepas menjadi sebutan masyarakat. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, tidak kira golongan lelaki atau wanita asyik bercerita tentang lelaki ini.
Bertemu dengan penyanyi antarabangsa itu selepas majlis penyerahan sebuah kereta Persona Elegance oleh Proton Holdings Bhd. (Proton) di Shah Alam, Selangor, pada Selasa lalu, Maher ditanya tentang kejayaan yang diraih secara mendadak dan sekelip mata.
Penyanyi kelahiran Tripoli, Lebanon itu mengakui dia berasa gembira apabila mesej-mesej yang ingin disampaikan dalam albumnya diterima baik peminat di seluruh dunia.
Katanya, ini kerana penghasilan album sulungnya itu didorong satu penghijrahan besar dalam dirinya yang sebelum ini bukanlah seorang muslim yang taat pada agama.
“Tiga tahun lalu, hidup saya terlalu jauh dengan Allah S.W.T akibat terpesong dengan cara hidup sosial yang terlalu bebas apabila sering mengunjung kelab malam.
“Hinggakan saya terus hanyut dan menjadi alpa sehingga lupa bagaimana membaca surah Al-Fatihah sebelum dibukakan hati ini untuk berubah dan kembali ke jalan benar.
“Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk menebus dosa-dosa silam dengan mencari rakan yang tidak pernah meninggalkan sembahyang dan sering pergi ke masjid,” katanya yang memiliki sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik.
Namun tegas Maher, pada masa sama dia tidak boleh melupakan bidang muzik sebagai salah satu medium untuk menyampaikan mesej-mesej positif kepada orang lain agar mereka tidak terpesong seperti mana yang dilaluinya sebelum ini.
Album penenang jiwa
“Sedaplah lagu-lagu dia, cuba dengar dekat laman youtube,” kata seorang rakan wanita yang tidak jemu-jemu memuji Maher.
Bertambah kronik, seorang lagi rakan mengangkat nama Maher ke tahap lebih tinggi apabila membandingkannya dengan kumpulan nasyid, Raihan dan Cat Stevens pula.
“Dia macam Raihan yang dulu tiba-tiba muncul dengan album nasyid di negara ini yang membawa satu fenomena yang tidak dijangka. Maher memang fenomena,” hujahnya bersungguh-sungguh dengan mimik muka serius.
Akibat terlalu ramai sangat yang bercakap tentang Maher ini, saya berpeluang mendengar lagu-lagunya di laman youtube.
Bagi yang pertama kali mendengarnya, tidak mustahil anda akan jatuh cinta dengan lagu-lagu Maher.
Malah sukar pula hendak memilih lagu mana yang menarik kerana kesemuanya memiliki kekuatan masing-masing.
Hampir semua lagunya berunsur ketuhanan dan sesuai dengan pelbagai lapisan umur serta yang penting ia boleh membuatkan hati tenang apabila mendengarnya.
Album bertajuk Thank You Allah menggabungkan pelbagai elemen muzik seperti pop, R&B dan world music bagi dikategorikan sebagai nasyid kontemporari.
Selain berkonsepkan keislaman, isu kemanusiaan sejagat turut diketengahkan dalam lirik lagu-lagu Maher. Paling mencuit hati lirik lagu Thank You Allah, The Rest of My Life dan Insha Allah.
Dan pada Khamis dan Jumaat Oktober ini, penyanyi yang berhijrah ke Sweden pada usia lapan tahun itu dan mencipta nama di sana akan mengadakan konsert pertamanya di negara ini.
Tiket konsert habis
Mahir akan menjayakan konsertnya bertemakan Save The Soul di Auditorium MBSA, Shah Alam bermula pukul 8 malam.
Konsert anjuran rumah perlindungan wanita, Raudatul Sakinah itu bertujuan bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa di negara ini.
Bagaimanapun tiket-tiket untuk dua malam konsert itu telah habis dijual untuk kapasiti tempat duduk berjumlah 1,400 orang di auditorium itu.
Maher berkata, dia sudah tidak sabar lagi mengadakan konsert itu sekali gus bertemu peminat kesayangan di negara ini.
Jelasnya, konsert pertama itu merupakan langkah pertama untuk menghargai jasa peminat di Malaysia yang menyokong albumnya.
Kata penyanyi itu, perasan teruja semakin bertambah apabila mengetahui namanya sudah menjadi sebutan di kalangan peminat seni tanah air.
“Persediaan bagi konsert itu berjalan lancar dan sebanyak lapan lagu akan disampaikan pada malam tersebut.
“Apa yang saya boleh katakan adalah perasaan sangat terharu apabila diterima baik oleh masyarakat negara ini dan yang lebih mengejutkan saya apabila mendapat tajaan daripada sebuah syarikat besar Malaysia.
“Saya sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang Malaysia tetapi sebaik sampai di sini saya sangat tertarik dengan sikap masyarakat negara ini yang sentiasa merendah diri dan ramah,” katanya yang terkenal dengan imej bertopi.
Sambung Maher, dia dan isterinya, Aisha ibarat sudah jatuh cinta dengan Malaysia sambil menyifatkan negara ini sebuah negara Islam yang sangat aman.
Mereka juga merancang menggunakan peluang dua minggu berada di sini untuk mengunjungi tempat-tempat menarik.
Kerjasama dengan Proton
Sementara itu, Proton buat pertama kalinya menaja kereta model Persona Elegance sebagai kereta rasmi kepada penyanyi antarabangsa itu sempena konsert solonya nanti.
Kereta tersebut akan digunakan Maher bersama krew sepanjang dia berada di negara ini.
Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir berkata, tujuan tajaan itu kerana syarikat memerlukan kolaborasi dengan artis luar negara dalam usaha membawa jenama Proton ke peringkat global.
Beliau berkata, pemilihan Maher itu berdasarkan reputasi tinggi yang dimiliki ketika ini selain menampilkan nilai-nilai peribadi yang baik.
“Proton begitu gembira dapat memberi sokongan kepada Maher yang pertama kali akan membuat konsert selama dua malam di negara ini.
“Kolaborasi ini dilihat penting kepada syarikat bagi mengembangkan jenama Proton di peringkat global pada masa akan datang,” katanya yang juga peminat setia Maher.
Syed Zainal berkata, kolaborasi itu tidak terhenti di Malaysia sahaja kerana pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama lagi dengan Maher pada masa akan datang membabitkan pasaran negara-negara luar yang
Popularity: 9% [?]
Zainab, Srikandi Cucu Baginda Muhammad S.A.W
Assalamualaikum,
Baru sebentar tadi saya berjaya habiskan sebuah buku yang berkulit seperti sebuah novel yang berjudul Zainab Srikandi Cucu Baginda Muhammad S.A.W iaitu satu siri wanita berkharisma tinggi dalam menegakkan Islam. Buku ini ditulis oleh Nurfaridah Rubani, terbitan Kharisma Network Sdn Bhd. Suka sekali untuk saya kongsikan pengalaman ketika membaca kisah Sayidah Zainab Binti Ali Bin Abu Talib. Sayidah Zainab adalah cucu Rasulullah S.A.W yang sejak kecilnya sering menghadapi cabaran dan dugaan serta musibah yang besar.

Buku ini begitu memberi kesan kepada pembacanya kerana segala aturan cerita dan bahasa yang digunakan memberi kesan yang membuatkan anda begitu menghayati cerita yang terkandung di dalamnya. Boleh menangis jika anda betul-betul menghayati bait-bait di dalamnya. Sungguh menyentuh jiwa. Kita dapat membayangkan peristiwa yang digambarkan itu dan akan timbul rasa marah, semangat dan kesedihan. Begitu hebat perjuangan para sahabat, saudara mara Rasulullah S.A.W dalam menegakkan syiar Islam.
Dari kisah ini dapatlah difahami betapa sejak kewafatan Rasulullah S.A.W, ada penentang zalim yang menggelarkan dirinya umat Islam yang berani menentang kebenaran ajaran Rasulullah dan anak cucu baginda. Fitnah yang ditaburkan mengaburi kefahaman setiap umat ketika itu. Betapa terpesongnya umat di bawah pemerintahan tiga golongan yang bermain politik kotor iaitu dari Bani Umayyah, Abbasiah dan Uthmaniah. Anda perlu baca kisah ini. Perjuangan yang tiada henti dari keluarga Rasulullah selepas kewafatan baginda yang disambung oleh empat Khalifah unggul iaitu Abu Bakar r.a, Umar r.a, Usman r.a dan Ali r.a.
Saya sarankan anda baca sendiri kisah ini dan dengan membacanya akan lebih tinggi rasa kasih anda pada Rasulullah S.A.W dan keluarga baginda. MasyaAllah, begitu besar perngorbanan mereka dan perlu kita contohi. Contohi dan teladani kisah-kisah mereka yang sudah tentunya seringkali disebut dari kalam Allah iaitu dari Al-Quranul Qarim. Ceritanya kita teladani dan perjuangannya kita teruskan lagi.
Popularity: 7% [?]
Emak Berpesan
Emak berpesan, jadilah anak yang dipandang mulia,
Ingat pesan emak, jagalah maruah diri, jangan dikhianati amanah Tuhan,
Ingat pesan emak, rambutmu adalah mahkota, jagalah ia, jika rambutmu didedahkan akibatnya diakhirat nanti rambutmu digantung otakmu menggelegak dijamah mentari rakus sejengkal di atas ubun-ubun..
Ingat pesan emak, jika emak sudah tiada ayahmu dijaga rapi, jangan disakiti hatinya. Ayahmu manja, cepat terasa, lagi-lagi pabila usia semakin tua..
Ingat pesan emak, dirimu wanita, banyak godaan, banyak cubaan..Bila menjadi isteri orang, hormati suami, jaga kehormatan diri dan juga suami..
Ingat pesan emak, taati suami, jaga peribadi, jaga budi pekerti..
Ingat pesan emak, sambutlah suami pulang dengan senyuman, bukan muncungan mulutmu, pakailah penuh seri, bibir bergincu, badanmu sentiasa wangi…dandani dirimu, perlengkapkan rumah dengan kemas dan rapi…
Ingat pesan emak, anak-anak adalah harta sampai mati..didik jangan dibiarkan sepi tanpa ayat-ayat suci Ilahi..basahi lidah mereka dengan kalam suci…
Ingat pesan emak, carilah ilmu sampai mati…ilmu duniawi dan ukhrawi…emak hanya mampu berpesan, emak bukan ilmuan…emak sayang kamu…emak tidak mahu kamu kekeringan ilmu…..
Nukilan: Nozi

Popularity: 8% [?]










